Surau Kg Berembang |
Surau Kg Bujal, Kemaman |
Ini bukan tribulasi baru bagi Islam. Di Palestin fenomena ini telah berlaku. Dan hingga kini rejim zionis merancang menghancurkan Baitulmaqdis. Kisah rumah Allah c uba dirobohkan bermula saat lahirnya Rasulullah. Tidak Asing lagi bagi kita dengan nama Abrahah dan burung ababil. Dan kini nasib sama menimpa Surau al-Falah, Kerinchi. Di atas sebab-sebab yang samar. Katanya pembangunan tapi entah apa yang ingin dibangunkan. Persis di Kg. Berembang, kononnya tanah tersebut akan dimajukan lantas rumah penduduk dan surau dirobohkan sebelum perbicaraan tentang hak tanah tersebut selesai di mahkamah. Lagi menjengkelkan bila keputusan mahkamah nyata memihak kepada penduduk kampung. Jawatankuasa Surau al-Falah telah diberi tarikh sehingga 9 Disember untuk kosongkan surau sebelum dilunyai kuku besi sang rejim. Ada penduduk mendakwa ianya kerana aliran politik yang berbeza dan keberadaan surau berkenaan tidak memberi manfaat kepada kerajaan bahkan mengancam mereka. Sudahlah syariat Islam dipandang sunyi, syiar Islam juga diinjak-injak. Inilah padahnya bila 'raja' tanpa takhta memerintah.
Kali ini saya cuba mengajak pembaca sekalian untuk mengambil ibrah dari kalam Allah yang Maha Suci. Di mana keyakinan kita pada surah al-Fiil? Benar, mereka yang memusuhi Allah bakal dilaknat. Bukan kerja kita untuk melaknat mereka tapi tanggungjawab kita menjulang tinggi keizzahan Islam. Allah boleh sahaja menghantar Ababil ke Kerinchi kerana Dia Maha Berkuasa atas segalanya. Tapi perlu diteliti dan ditelusuri lanjut apakah kita sudah mencukupi syarat untuk didatangkan nusrah langsung dari ALLAH.
Kali ini saya cuba mengajak pembaca sekalian untuk mengambil ibrah dari kalam Allah yang Maha Suci. Di mana keyakinan kita pada surah al-Fiil? Benar, mereka yang memusuhi Allah bakal dilaknat. Bukan kerja kita untuk melaknat mereka tapi tanggungjawab kita menjulang tinggi keizzahan Islam. Allah boleh sahaja menghantar Ababil ke Kerinchi kerana Dia Maha Berkuasa atas segalanya. Tapi perlu diteliti dan ditelusuri lanjut apakah kita sudah mencukupi syarat untuk didatangkan nusrah langsung dari ALLAH.
"Hampir tiba masanya kamu dikerumuni oleh manusia seperti orang-orang mengerumuni sesuatu hidangan." Berkata seorang sahabat: "Adakah kerana jumlah kita yang sedikit?" Rasulullah menjawab: "Tidak, sebaliknya kamu ramai tetapi kamu menjadi seperti buih-buih ketika banjir. Allah mencabut rasa gerun dari hati musuhmu dan memasukkan perasaan wahan ke dalam hatimu." Sahabat bertanya: "Apakah dia al-wahan?" Rasulullah bersabda: "Cintakan dunia dan takutkan mati!" (riwayat Abu Dawud)
Sangat bimbang andai al-wahan makin sebati dalam hati kita. Buktinya nyata kini, mahasiswa bagai tidak endah bahkan tidak tahu langsung isu al-Falah ini. Musim peperiksaan bagi saya satu ujian dari Allah terhadap janji setia yang senantiasa dilafazkan kita. Kita berjanji akan hidup dan mati kita untuk Islam setiap kali solat namun masih ada keraguan akan ketetapan Allah.
"(Setengah dari) mereka berkata: "Kami ada mendengar seorang anak muda bernama Ibrahim, mencacinya." (al-anbiya')
Surau al-Falah, Kerinchi |
Ayat diatas berkisar kisah keberanian Nabi Ibrahim berdada dengan thagut penyembah berhala. Keberanian Baginda memecahkan berhala-berhala sembahan Namrud dan penduduk Babylon ketika itu. Di dalam ayat di atas Allah Taala menyebut perkataan 'anak muda' kepada Nabi Ibrahim. Ini kerana anak muda adalah golongan yang paling hadapan dalam menegakkan kebenaran serta ejen perubahan. Cukuplah kita selaku mahasiswa atau anak muda yang menjadi 'ababil' mempertahankan rumah Allah dari serangan Abrahah moden.
tukar profile picture FB anda tanda sokongan |
salam..bgus,prihatin terhadap persekitaraan..saya bukan student um..peribadinya, bg saya lbih baik korang lebih fokus kpd study, sebab cm kt atas tu tulis skrg musim exam..cuba bayang,sibuk ke hulu ke hilir nk pertahan surau tu, pastu fail exam..pe pndgan org..
ReplyDeletekpd bukan um-
ReplyDelete1. anda xtahu situasi sebenar ( boleh search kt FB komuniti mahasiswa kerinchi KMK)
2. bg saya jadual exam setiap plajar berbeza n x padat pun..
3. yakin ke dgn hanya belajar semata2 dan x menghiraukan keadaan Islam yg tertindas boleh cemerlang?
Assalamualaikm..adakah title 'mahasiswa' itu membataskan kita untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba Allah?Mempertahankan rumah Allah?Sedangkan kita sendiri tidak tahu..bagaimana kedudukan kita disisi Allah..bg sy,mahasiswa xkan fail dalam exam hanya kerana mempertahankan rumah Allah.Satu statement yang pesimis saya kira.Kalau mahasiswa boleh ke perhimpunan UMNO,xkan la mahasiswa tak boleh pertahankan rumah Allah..sedangkan untuk pertahankan rumah Allah itu sudah satu jihad.Pilihan ditangan ANDA semua.Cuma,satu permintaan saya..jangan sampai Allah melempiaskan balaNYA sebagai peringatan kepada kelalaian kita.Cukuplah dengan pemerintah negara yang sekular dan liberalisme dalam memerintah.Biar miskin harta dunia,jangan miskin saham akhirat.Wallahua'lam
ReplyDeletekalo cmtu ko xyah la gi smayang jmaat ye "bukan um"..x bazir mase ke 2 jam lbih tu gi smayang??.. bile agama dibelakang kan~
ReplyDeletesalam..surau hanya dipertahankan apabila hendak dirobohkan.....tetapi seramai mana umat manusia ini mengimarahkan surau2 ini....kadangkala terjadinya perkara begini adalah kifarah utk umat manusia yg xberusaha utk mengimarahkan rumah Allah tersebut....salam muhasabah
ReplyDeleteaku setuju dengan anonymous no 2 ni..smart la lu bro..masa ni bru igt masjid kan..
ReplyDeletesetuju jugak..syukurla dengan surau kt kolej2/api n arrahman..kan dah ada surau baru kat penempatan baru mereka..
ReplyDeletekpd 'bukan um'.. ana x penah jumpe org sesengal awak tau x.
ReplyDelete