Pages

Thursday, November 26

Perutusan Eidul Adha YDP


Assalamualaikum dan Salam Pengorbanan.

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.

Alhamdulillah, kesyukuran yang tiada batas buat Ilahi Rabbi di atas segala nikmat iman dan Islam yang tidak semua manusia bisa mengecapinya. Syukur di atas nikmat Eidul Adha yang penuh hikmah tersirat.

LAMBAIAN BAITULLAH

Digalakkan bahkan wajib kepada mereka yang mampu untuk solat berjemaah lima waktu di masjid, perhimpunan harian umat Islam. Perhimpunan mingguan pula tika solat Jumaat yang mana semua umat Islam yang cukup syaratnya wajib untuk berhimpun di naungan bumbung masjid. Perhimpunan tahunan dan melibatkan seluruh umat Islam dari serata belahan muka bumi pula pada empat hari keramat, 10-13 Zulhijjah saban tahun. Pada detik ini lebih 2.3 juta
umat Islam berkumpul dengan satu hadaf, ittaquLlah!

Tanpa mengukur warna kulit atau keturunan, malah darjat serta kekayaan mereka bersama, bersatu dalam pencerahan mendekatkan diri pada-Nya. Sujud satu kiblat yang sama. Itulah ajaran Islam, semuanya laksana hamba kerdil dengan berbalut kafan putih tanpa jahitan. Sang Menteri dan rakyat berpakaian sama. Si Fakir dan Jutawan solat bersebelahan. Moga-moga sekeliannya peroleh Haji Mabrur, bukannya Haji Marlboro.

KORBAN: MANUSIA VS BINATANG SEMBELIHAN

Sambutan Eidul Adha tak dapat dipisahkan dengan sirah Nabi Ibrahim mengorbankan anakanda tercinta demi wahyu dari tuhan. Tiada hasrat untuk memanjangkan kalam tentang sirah tersebut cuma ingin bertanya pada diri dan sahabat sekalian, apakah pengorbanan kita untuk Islam sepanjang ini? Kita yang mendabik dada mengatakan 'aku pejuang Islam', adakah sanggup menyerahkan kehidupan untuk kebangkitan Islam? Jangan kita menjadi lebih hina dari lembu dan unta korban.

Akhirnya saya mewakili MPP 09/10 mengucapankan selamat hari raya khususnya buat semua pensyarah yang banyak membimbing dan memberi tunjuk ajar serta seluruh warga APIUM Nilam Puri. Buat sahabat-sahabat seperjuangan, tingkatkan pengorbanan kita demi tertegaknya Islam.

Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin.

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, WaliLlahilhamd.


كل سنة وانتم بخير



Pejuang Berjiwa Hamba;
Syis Abdul Kadir Hamzah
Majlis Perwakilan Pelajar 09/10
Akademi Pengajian Islam Uni. Malaya
Nilam Puri









p/s:
1) Doakan moga cuaca dalam keadaan baik untuk memudahkan kerja-kerja penyembelihan.
2) Berhati-hati di jalan raya.
3) Moga berjaya buat sahabat-sahabat yang membawa misi Islam dalam pertandingan debat
4) Jemput beraya di rumah saya d/a
- No 7, Jln Madrasah Muhammadiah, Sg. Durian, 18000 Kuala Krai, Kelantan.

2 comments:

  1. salam YDP..slm eid adha..mabruk akhi...maaf zhir btin..mg2 kta dpt tgkatkan pgorbnan dmi ISLAM..malu skit kt lembu

    ReplyDelete