Pages

Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Tuesday, August 16

Erti Memberi Pada Kehidupan


Ramadan tahun ini banyak dihabiskan di kampus bersama teman-teman mahasiswa. Walaupun bercuti panjang tetapi itu bukan alasan untuk sekadar bersenang-senang di kampung. Ihya Ramadan PMIUM kali ini menjadikan masyarakat luar kampus sebagai sasaran utama. Ini bagi merealisasikan agenda mahasiswa untuk masyarakat. Antara aktiviti yang dijalankan ialah ziarah mesra dan agihan sumbangan kepada beberapa keluarga terpilih di sekitar Flat Pantai Permai. Selain menyelami perasaan dan berkongsi kasih dengan mereka yang kurang berkemampuan, ia juga menyuburkan amalan bersedekah atau infak di bulan Ramadan. .

Dari Abu Hurairah sesungguhnya Nabi Muhammad  bersabda:

Sunday, September 6

Deligasi APIUM ke Jeli. (siri 2)


JELI, 3 SEPT. 2009: Lima orang wakil dari pimpinan pelajar Apium Nilam Puri terdiri daripada saudara Syis, Edikoup, Rasyid, Zaki dan Zikri telah mengadakan lawatan ke Jeli atau lebih tepat lagi Kg. Kalai bagai penyelarasan program BAKSIS '09. Ini adalah kunjungan kali ke-3 ke Sek. Keb. Kg Kalai yang akan menjadi pusat bagi pr
ogram tersebut. Seperti kunjungan sebelum ini, agendanya adalah perjumpaan dan perbincangan dua hala bersama wakil dari masysrakat dan sekolah tersebut iaitu En. Wan atau mesranya Cikgu Wan. Beliau yang bertugas sebagai Penolong Kanan merangkap Timb. Pengarah 1 BAKSIS '09 menyatakan bahawa komitmen d
an sambutan dari penduduk amat memberangsangkan. Dalam pertemuan tersebut juga beliau memberi jaminan tentang kerjasama penduduk dan pihak Jabatan Pelaj
aran Negeri Kelantan (JPN) bagi melicinkan lagi gerak kerja.

Namun, pihak penganjur sehingga hari ini masih belum dapat menghubungi YB Parlimen Jeli, Dato' Mustapha Muhammad atau lebih dikenali dengan panggilan Dato' Pa. Menurut Pengarah Program Baksis '09, Saudara Edikoup pihaknya telah bersetuju memberi penghormatan kepada Dato' Pa dan melantik beliau sebagai pen
aung program namun sedikit kekecewaan kerana masih tidak dapat menghubungi beliau dan membincang tentang program dengan lanjutnya.


Deligasi Apium bergambar bersama cikgu Wan

Sehubungan dengan itu, satu lagi kunjungan akan diadakan ke sana pada 6 Sept. ini bagi mengadakan pertemuan secara langsung bersama Dato' pa yang difahamkan hanya berada di Jeli atau Kelantan 2 hingga 3 hari dalam semi
nggu.

Pada sebelah petangnya pula, kunjungan diteruskan ke Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) cawangan Jeli. Pertemuan yang melibatkan urusetia BAKSIS '09 dan pegawai JHEOA itu bertujuan menyelaraskan pengisian dan hal-hal berkaitan ketika slot Sehari Bersama Orang Asli. Slot tersebut akan diadakan pada hari ke-3 B
AKSIS '09 dalam menjayakan misi dakwah ke kawasan pedalaman. Tujuan lain slot berkenaan slot tersebut adalah memberi pendedahan kepada mahasiswa tentang kehidupan luar kampus atau realiti kehidupan yang bakal mereka hadapi setelah bergraduasi kelak.

Menurut pegawai JHEOA, En. Suhaimi menyatakan penduduk orang asli agak sukar didominan atau diajak untuk menyertai program bersama-sama. Beliau turut menceritakan pengalaman berkhidmat dengan OA (ringkasan orang asli) yang mana pernah JHEOA menganjurkan program jamuan namun kehadiran hanya mencecah 10 orang. Beliau yang banyak pengalaman bersama masyarakat OA turut manasihati agar banyak bersabar dan bersedia dengan karenah OA.
Bersama En. Suhaimi (dua dari kiri) dan Abe Noor (kanan sekali)

Seterusnya pengembaraan urusetia BAKSIS '09 diteruskan lagi dengan mengambil peluang untuk masuk ke kawasan penempatan OA yang dimaksudkan iaitu Kg. Sg. Rual dengan ditemani seorang kakitangan JHEOA iaitu En. Muhd Noor atau Abe Noor.

Menurut sumber, urusetia BAKSIS '09 akan berkunjung lagi ke sana untuk berjumpa dengan Dato' Pa dan beberapa agensi lain seperti TDM, PDRM dan lain-lain.

Untuk laporan deligapi APIUM ke Jeli (siri 1) dan gambaran lanjut mengenai OA Kg. Sg. Rual sila ke <link>

Sunday, August 30

Semalam, hari ini dan Esok


SEMALAM

Alhamdulillah, semalam saya diberi nafas untuk terus mengimarahkan bumi. Semalam genaplah umurku 21 tahun.

Alhamdulillah.

Tiada ucapan hari lahir, tanpa hadiah, tak ada kek untukku. Dan sepanjang 21 tahun kehidupan ni, tidak pernah ulang tahun kelahiran saya disambut.

Tak kisah.

Alhamdulillah. Yang penting sambutan secara peribadi saya dengan Yang Maha Kuasa. Biarlah sujud syukur yang menjadi hadiah.

Makin berusia. Maknanya makin banyak dosa dan maksiat yang saya pikul. Makin senget bahu kiriku membebani dosa. 21 tahun di bumi Allah ni, jika dihitung tidak sampai sehari jasa saya pada Islam.

Astaghfirullah.

HARI INI

Hari ini, juga 24 jam. Terus berlalu. Terus dan terus. Saya yang suka berlengah terus menjadi mangsa tiap detik.

Padan muka. Nikmatnya jika waktu dapat diundur, untung andai masa boleh diputar. Akan saya isi masa tidur dengan qiamullail dan munajat. Waktu gurau senda akan diganti dengan zikir dan tadabbur al-Quran. Bagusnya kalau saat-saat yang ingin berlalu dapat saya tahan.

ESOK

31 ogos 2009. Malaysia menyambut hari kemerdekaan, kalau tak silap kali ke-52. Merdeka??
Apa tu?

Cadangan saya ditukar panggilan tu.

Ulangtahun penjajahan sebenar minda rakyat Islam di Malaysia ke-52.


Thursday, August 27

Surat Terbuka Untuk PM

BANTAHANAN TERHADAP KONSERT
MICHEAL LEARN TO ROCK (MLTR)
- ETERNITY TOUR 2009 : LIVE IN MALAYSIA
PADA 5 SEPTEMBER 2009
DI ARENA OF STARS, GENTING HIGHLAND.


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

Pertama dan utamanya, sama-sama kita panjatkan kesyukuran yang mutlak kepada Allah Taala yang memberi peluang kepada kita untuk sama-sama membincangkan satu isu yang membawa kepada kepentingan bersama.

Saya mewakili sebilangan kecil golongan mahasiswa dan rakyat menyatakan pendirian bahawa kami sekali-kali tidak bersetuju dengan penganjuran konsert MLTR yang akan diadakan seperti yang Dato' Sri sedia maklum.

Dato' Sri,

Adalah tiada daya saya yang marhein ini untuk menentang kepimpinan Dato' Sri dan tujuan surat ini ditulis juga bukan untuk menentang atau menberontak. Namun sebagai seorang rakyat saya merasa terpanggil untuk membawa suara rakyat ke meja Perdana Menteri yang diberi kuasa.Bantahan ini dibuat bukan kerana membenci batang tubuh Dato' Sri serta seluruh jemaah menteri tetapi bersebab.

Sebagai rakyat saya menyatakan pendirian untuk membantah konsert tersebut kerana:

  1. Tidak menghormati bulan Ramadhan al-Mubarak. Seperti yang Dato' Sri sedia maklum bahawa Bulan Ramadhan adalah anugerah Allah kepada seluruh ummat Islam. Ianya dikira mencemar kesuciaan bulan Ramadhan dan tidak mensyukuri nikmat Ramadhan dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah seperti berterawikh, tadarrus dan seumpamanya.
  2. Tidak menepati syariat Islam. Saya yakin bahawa Dato' Sri sedia arif akan hal ini. Islam tidak melarang ummatnya untuk berhibur tetapi perlu kena pada salurannya. Tiada pergaulan bebas dan muzik-muzik yang melalaikan. Jadi, hal ini bercanggah dengan perlembagaan negara yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi negara.
  3. Bercanggah dengan tatasusila dan budaya ketimuran. Semua mengetehui dan menghormati bahawa masyarakat timur terutamanya orang Melayu sangat menitikberatkan kesopanan dan tatasusila. Penganjuran konsert seperti ini kebiasaannya akan membawa kepada keruntuhan moral rakyat Malaysia yang Dato' Sri kasihi terutamanya para remaja.
  4. Tidak menghormati sambutan bulan kemerdekaan dan Hari Malaysia. Seperti yang disepakati bahawa sambutan kemerdekaan tahun ini tidak akan dicemari dengan hiburan dan Dato' Sri sendiri menjanjikan sambutan tahun ini adalah berlainan kerana menghormati kemuliaan Ramadhan.
  5. Tidak bertepatan dengan slogan "rakyat didahulukan pencapaian diutamakan". Dalam memenuhi kehendak rakyat Dato' Sri haruslah melihat dari segenap aspek terutamanya dalam hal-hal yang sensitif dan kebajikan. Jika konsert seperti menjadi kebiasaan ianya akan membantut hasrat Dato' Sri untuk meningkatkan pencapaian rakyat dan negara.
Pemimpin yang bijak membuat keputusan,

Tiadalah gembira di hati rakyat jelata jika permintaannya didengar dan permohonannya diperkenan sang pemerintah. Saya pasti Dato' Sri mampu membuat keputusan yang bijak dengan mengambil kira kebajikan dan pembangunan jiwa rakyat terutamanya para remaja. Moga kuasa yang diberikan dimanfaatkan untuk membuat rakyat tersenyum dan bukan hanya mengejar pebangunan metarial semata-mata.

Saya dengan ini mewakili golongan marhein juga membawa suara mahasiswa bertegas dan tegar dengan pendirian kami. Moga idealisme Dato' Sri tidak menjadi kenyataan dengan mendahului suara rakyat.

Diharap keputusan Dato' Sri mampu membuat keputusan yang bisa membuat rakyat tersenyum, yang membenci akan menyokong dan yang menyokong terus mendokong.

Salam Kemuliaan Ramadhan.



Tuesday, August 25

MLTR live in Malaysia: Apa pendirian kita?


Get your own Poll!




SALAH SIAPA??

JOM KOMEN

MICHEAL LEARN TO ROCK - ETERNITY TOUR 2009 : LIVE IN MALAYSIA




Sedikit perkongsian.

Sebuah band dengan genre rock n roll iaitu Micheal Learn To Rock (MLTR) akan mengadakan konsert sempena promosi album terbaru mereka, Eternity. Konsert tersebut akan diadakan di Arena of Stars Genting Highland pada 5 september bersamaan 15 Ramadhan 1430.

Nah, satu tawaran hebat buat seluruh penduduk Malaysia. Saya tidak pasti samada pembaca sekalian sudah maklum akan hal ini atau tidak.

Pada tahun 2007 MLTR pernah berkunjung ke Malaysia untuk siri roadshow mereka. Band yang berasal dari Belanda ini popular dengan lagu 25 minutes, sleeping child dan banyak lagi. Menurut gitaris mereka, MLTR sangat teruja untukdatang ke Malaysia kerana sambutan dari peminat di sini sangat memberangsangkan.

Kali ini saya ingin mengetuk rasa sensitif sahabat-sahabat sekalian. Lihatlah kerakusan kekuasaan dan pembangunan meterial sehingga sanggup mencemarkan kesuciaan Ramadhan.

Saya tidak mahu memanjangkan nukilan ini tapi mengharapkan satu kebangkitan dan respon dari pembaca sekalian.

Tahniah Adikku

Salam mubarak Ramadhan.

Hanya ingin mengucapkan sekalung tahniah dan terima kasih buat adik-adik penggerak program ihya ramadhan tahun ini. Terutamanya Syakirin dan seluruh ahli keluarga Mubarak Ramadhan Syiar ad-Deen (MURSYID).

Bagi saya kamu semua memang hebat. Gerak kerja laju dan adakalanya lebih maju dari kami. Idea-idea segar memang menjadikan MURSYID '09 lain dari yang lain. Tidak keterlaluan jika saya katakan lebih menarik dari MURABBI '08.

Kamu semua ada potensi untuk pergi lebih jauh. Lebih pakar dan mahir dalam bidang tugas masing-masing. Cuma potensi itu perlulah sentiasa diasah dan tidak dibiarkan berkarat. Bakat kepimpinan perlu dilatih agar lebih mantap dan yang paling penting, tarbiyyah. Dengan tarbiyyah kita akan pasti visi kita akan benar. Kita akan lebih tabah dalam menghadapi permasalahan, bahkan mampu senyum pada segala kesukaran dalam gerak kerja. Kamu adalah aset penting bagi pembangunan Islam. Segala kepakaran perlu diterjemah dalam kamus hidup seorang da'e.

Moga segala usaha murni kalian dalam menyedarkan warga kampus akan kepentingan Ramadhan mendapat imbuhan yang sewajarnya dari-Nya.

Moga terus maju. Siiru ala barkatiLlah.

Tahniah adikku.

Monday, August 24

Jom Bertamrin



Jom bertamrin. Dah sedia? Sudah tiba sayyidus syuhur yakni Ramadhan. Ada yang panggil bulan puasa, sebab tu mereka hanya berpuasa semata-mata.

Jangan bekukan pemikiran kita. Terimalah hakikat akan segala kelebihan Ramadhan ni. Ada yang menggelarnya karnival ibadah kerana menyedari akan kelebihan-kelebihan beribadah pada bulan ini. Panggillah bulan al-quran, moga kita dapat tingkatkan tadarrus dan tadabbur. Bagilah gelaran bulan tahajjud atau bulan qiamullail supaya kita dapat perkasakan ibadah tersebut. Tingkatkan pergantungan pada Allah. Ya, serulah bulan zikir atau mungkin bulan berdoa. Semuanya bergantung pada kita. Kita hanya berpuasa ju' wa athosh kerana paradigma kita sudah sebati bahawa Ramadhan ini bulan puasa. Puasa semata-mata. Tidak dipasakkan dalam minda bahawa Ramadhan ini sebagai kekesih, murabbi atau mungkin tamrin.

Entri ini hanya sekadar ingin mengucapkan tahniah kepada pembaca sekalian kerana direzekikan hidup pada Ramadhan tahun ini. Bukan ingin bercerita panjang tentang kelebihan-kelebihan bulan ini. Saya juga ingin memohon maaf jika tarikh entri ini dilahirkan agak lewat. InsyaAllah selepas ini saya cuba menulis beberapa siri tazkirah mengenai Ramadhan. Saya akui. Memang Ramadhan kali ini saya kurang bersedia. Astaghfirullah.

Ini Ramadhan kali ke-2 saya di Nilam Puri tetapi dengan status yang berbeza. Dulu junior tapi tidak lagi sekarang. Semester lalu hanya pelajar biasa tapi sekarang dipikulkan sedikit taklifan. Dulu punyai masa dan ruang yang amat-amat luas untuk merebut segala ganjaran Ramadhan tapi kini pebagai kekangan memenuhi jadual ibadah Ramadhan. Dulu mampu khatamkan al-Quran tiga kali tapi sekarang belum tentu.

Buat sahabat-sahabat yang mungkin sibuk dengan pelbagai gerak kerja dan tugasan, teruskan segala usaha kalian tapi jangan jadikannya sebagai alasan untuk kita lepaskan segala peluang ini untuk meningkatkan ibadah. Gerak lebih laju dan terus maju namun tingkatkan ibadah pada kualiti dan kuatitinya. Rapatkan hubungan dengan Allah seeratnya. Munajat dan menangis sepuas-puasnya. Moga tamrin Ramadhan mampu melahirkan pejuang-pejuang yang maju gerak kerjanya dan lunak hatinya pada Allah. Makin lunak dan khusyu'. Moga berjaya sahabat.

Jom bertamrin...

"dan apabila hamba-hamba-Ku bertanyakan kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang-orang yang berdoa apabila dia berdoa kapada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi perintah-Ku dan beriman kepada-Ku agar mereka memperoleh kebenaran" (al-Baqarah:186)