Pages

Friday, October 30

Perintah Darurat di Selangor



Petang semalam suhu politik negara kembali membahang bila seorang ADUN PKR mengisytiharkan beliau sebagai wakil rakyat bebas. Yang dimaksudkan adalah ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah. Tindakan tersebut sedikit sebanyak mencemarkan imej dan kreadibiliti PKR yang sedang bergelut dengan masalah kepimpinan. Sehari sebelum pengisytiharan tersebut 3 orang pemimpin PKR meletak jawatan iaitu masing Ahli Majlis Tertinggi dan pemimpin PKR di Sabah.

Dalam sidang media yang diadakan semalam YB Badrul menjelaskan antara sebab utama beliau bertindak sedemikian adalah kes liwat Penasihat PKR,
Dato' Sri Anwar Ibrahim (DSAI)yang sentiasa menangguh dan melambat-lambatkan prosiding perbicaraan. Belaiu juga mempersoalkan kreadibiliti Presiden PKR yang turut enggan megulas isu tersebut. Beliau juga mendakwa dianaktirikan oleh Menteri Besar Selangor, YAB Tan Sri Khaled Ibrahim yang membuka dua pusat khidmat masyarakat di kawasannya dan diselaraskan oleh YB Nik Nazmi.

Apa yang ingin saya perkatakan di sini, kemungkinan besar perlaku pergolakan susulan dalam PKR serta PR terutamanya di Selangor. Mungkin apa yang dinyatakan di atas adalah hanya alasan semata-mata. Menurut pejabat Menteri Besar yang menasihati YB Badrul untuk meletak jawatan sebagai wakil rakyat kerana menerima aduan dari penduduk bahawa YB Badrul tidak menjalankan tugas. Dan bagi saya takkan berlaku hal-hal seperti ini jika tiada pergolakan dalaman. YB Badrul adalah wakil rakyat PR kelima yang bertindak sedemikian masing-masing 3 orang di Perak dan seorang di Kedah. Menurut maklumat, khabar angin yang mengatakan YB Badrul akan keluar parti sudah bertiup setelah Kerajaan Negeri Perak bertukar tangan Febuari lalu. Menambahkan lagi spekulasi apabila belaiu sering tidak hadir ke sidang DUN. Namun semua itu ditepis setelah beliau sendiri membuat pengakuan masih setia bersama PKR. Bisik-bisik hal ini kembali lagi setelah beliau dikatakan menghadiri rumah terbuka Ketua UMNO Klang, Datuk Mazlynoor Abd Latif.

Ingat kembali bagaimana Kerajaan Negeri Perak dirampas UMNO. Perkara tersebut akan berlaku di Selangor dan Kedah. Sasaran sekarang adalah Selangor. Lihat di Perak, bagaimana media arus perdana benar-benar menjalankan tanggungjawab mereka bagi memastikan kerajaan negeri PR dapat digulingkan. Begitu juga isu-isu remeh yang akan dibesarkan di Selangor dan Kedah. Sekarang UMNO dalam proses memujuk beberapa lagi wakil rakyat PR untuk menjadi Sang Katak. Untuk pengetahuan, kehidupan 3 orang Sang Katak di Perak berubah setelah Kerajaan PR Perak berjaya ditumbangkan. Salah seorangnya ADUN Behrang, Jamaludin Mohd Radzi. Dilaporkan selepas kejadian tersebut isteri ketiganya menggunakan kereta baru (Honda CRV) dan renovate rumah.

Sila lihat dan kaji pula kehidupan YB Badrul selepas ini. Mana SPRM? Rasuah ke? Eh, politik wang.

Kes Teoh Beng Hock adalah salah satu usaha ke arah itu.

Bagi saya tindakan katak-katak seperti mereka tidak wajar bahkan mencemarkan imej wakil rakyat. Rakyat mengundi mereka bukan suruh menjadi katak. Mereka dibayar gaji bukan untuk menipu rakyat.

Kepada Kerajaan Negeri PR sila pastikan mana-mana lagi berudu yang culas. Sila tamatkan riwayat hidup mereka sebelum mereka menjadi katak. Kawal pergerakan YB-YB UMNO, jangan bagi rapat sangat dengan istana.

Kepada rakyat Selangor beredia untuk menerima Kerajaan Negeri Haram, Menteri Besar Haram, Speaker Haram. Bersedia untuk berguling dan baring atas jalan. Bersedia untuk disimbah dengan water canon. Bersedia untuk ditembak dengan gas pemedih mata.

Kepada MAHASISWA duk diam-diam je. gi kuliah dan exam je. tak perlu tahu isu semasa. tak payah sibuk masalah negara. tak perlu susahkan diri untuk rakyat. Jangan main politik, nanti kena AUKU!!!

10 comments:

  1. Kepada MAHASISWA duk diam-diam je. gi kuliah dan exam je. tak perlu tahu isu semasa. tak payah sibuk masalah negara. tak perlu susahkan diri untuk rakyat. Jangan main politik, nanti kena AUKU!!!

    kami xde AUKU,tapi akta 174,jadi xperlulah takut(",)..
    tjam n cukup berbisa kata-katamu...tapi tuela realiti mentaliti seorang mahasiswa kini...
    ana sendiri pn same,kdng-kdng pe yng berlaku kat dunia luar lansung ana xsmpt nk ambik peduli,bz la konon....
    syukran pada mr.admin yg menyentakkn ana dari terus menjdi katak d bawah tmpurung....

    ReplyDelete
  2. APA ADA PD AUKU?? selayakknya kita GENTAR dengan hukum & syariat Allah yg selalu sebahagian drp kita permainkan. GILA KUASA jadi pegangan,sampai bila pun hidup takkan aman,hilang berkatnya dr ALLAH. AYUH pemuda pemudi y BRJIWA BESAR ,sedar dari KHAYALAN,hakikat hdp kita bkn menatap buku smata2,ya mmg benar wjb utk kta mnntut ilmu tp apa gunany klu d luar sana kita biarkn insan2 lain kehilangan hak "FITRAH HIDUP" msg2.Kita dlahirkn kerna ada "AMANAH" yg berat d sblik jalan "DURI" yg sntsa MENUSUK.selagi BENAR,teruskn LANGKAH.knpa perlu cambahkan ketakutan yg meninggi thdp ssuatu sdgkn NILAIAN KETAKUTAN thdp PNCPTA dletak pada pada tmpat yg rendah??

    ReplyDelete
  3. Kita boleh memandang ke belakang memandang sejarah untuk sebagai pedoman,lihat la kerajaan Perak pada pertengahan Februari dan lihat lah Kelantan pada tahun 1977

    ReplyDelete
  4. ahahahaha~
    politik...politik..
    bila student sebut poltik je kt U,
    dah kene auku..ape pasal??
    kite carilah pasal!!
    x gitu?? bukti ada di depan mata,kita hebohkan rahsia jahat mereka..bak kata neng,"huhh!! panasss!!" tapi depa kene ingat,ape yg dorg dpt secara haram tu xkan kekal pnye!!
    mcm Sang Katak jgak..dy ingat dy anggun sgt nak lompat2 sana sini?? duk natey sini sana?? lambat laun t ngap jugak oleh Sang Ular..

    ReplyDelete
  5. bersedialah dgn segala kemungkinan.

    ReplyDelete
  6. AWAS DGN SEGALA GERAK GERI UMNO SELANGOR..TERMASUK KERABAT DIRAJA..

    DI PERAK SULTAN BERSUBAHAT DGN UMNO UTK RAMPAS KERAJAAN PERAK PR

    MAHASISWA DAN RAKYAT WAJIB TAHU
    http://tukartiub.blogspot.com/2009/10/ini-berita-fitnah-raja-petra-fitnah.html

    SEBARKAN
    BERITA PENUH SILA KE LINK

    ReplyDelete
  7. ini kate pro aku bile aku tanye sal dak2 yg dok belek buku 24 jam..pinter tgi2 tapi jadi katak sbb tak mau amik tau hal semasa.

    " Diorang akan jadi tukang. Kerja, rumah, kawen, diri ... itu jer. idealisme mase mahasiswa dlu dah mati. ibarat kuda pedati. sisi matanya ditutup agar dia hanya bisa melihat depan untuk menarik barang. tidak bisa melihat sekitarnya untuk bereaksi. "

    Dan ini yg kerajaan sangat harap2 kan...lahir mahasiswa yg pandai dalam kedunguan ... maaf agak kasar tapi inilah realiti kite. fikir-fikirkan.

    ReplyDelete
  8. "ini kate pro aku" ralat kat situ ...pro = prof

    ReplyDelete
  9. SETUJU2..LIHAT CMNE TARING MHASISWA KETIKA ERA 60-70 AN..ZAMAN EMAS MAHASISWA..MAHASISWA MENJADI CHECK AND BALANCE KPD SANG PEMERINTAH..MENYAPU AIR MATA DAN LUKA RAKYAT..

    STUDENT POWER!!!!!!

    ReplyDelete