Pages

Thursday, April 16

WiFi oh WiFi

Alhamdulillah setelah genap seminggu pimpinan baru mengambil alih tampuk pimpinan MPP JTK, akhirnya perkhidmatan internet tanpa wayer ( wireless) berjaya diakseskan di Kolej Ke-13 Universiti Malaya. Inilah dikatakan datuk bekerja cucu dapat hasil. Datuk tanam durian cucu dapat makan. Terima kasih ‘datuk-datuk’ kami yang telah memperjuangkan hak kami.
Semestinya gembira tak terkata bila dapat WiFi ni. mudah nak cari bahan nak buat assignment, nak berhubung dengan keluarga secara percuma, nak tahu perkembangan semasa seantero dunia, nak berdakwah melalui blog, nak download e-book dan sebagainya. Mudah. Segalanya di hujung jari.

TAPI AWAS..!!!

Setiap yang indah itu ada cacatnya, yang dianggap sempurna itu pasti ada tempangnya. Panas terik amat berguna untuk mengeringkan baju tapi juga boleh menyebabkan kita pitam. Mungkin kelakar analogi tersebut namun itulah hakikat. Sesuatu yang bermanfaat akan membawa mudarat jika kita zalim yakni tidak meletakkan pada tempatnya. Dadah diharamkan jika diambil berlebihan dan tiada sebab, asalnya hanya sejenis ubat yang sangat berguna. Air daun ketum ubat mujarab bagi penyakit tertentu tetapi mengundang padah jika disalahgunakan. Bahkan ibadah juga boleh batal dan membawa kepada syirik jika tidak kena cara dan aturannya.

Begitu juga kemudahan internet. Sangat berguna bagi seorang mahasiswa apatah lagi pendakwah serta pemimpin. Amat penting, supaya tidak ketinggalan zaman dan seiring dengan arus globalisasi. Menjuarai isu-isu dunia semasa dan pelbagai ilmu kontemporari dapat diperolehi hanya dengan menekan ‘click’. Mudah. Biasanya yang mudah itu banyak kesan buruknya. Berapa ramai umat islam tenggelam dalam lautan keselesaan. Dari internet juga dapat kita layari laman web porno, menonton yang tidak sepatutnya dan banyak lagi keburukannya. Tak perlu saya bilang satu persatu. Semuanya sudah maklum. Dah ada pun yang dah layan.

Moga kemudahan ini dimanfaatkan sebaik mungkin. Jangan pula asyik chatting hingga terabai gerak kerja Islam. Jangan taksub ‘berblog’ hingga tertinggal pelajaran. Saya tidak mampu untuk mengatur web apa yang boleh dilayari. Semuanya sudah tahu menilai. Saya hanya mampu menegur, semuanya bergantung pada diri masing-masing. Saya hanya mampu berdoa, moga kalian insaf atau Allah letupkan laptop kalian.

No comments: