Pages

Saturday, May 9

ulama vs profesional

Alhamdulillah terus diberi ruang untuk sya mencoret sedikit perkongsian. Maafkan saya kerana lama tidak meng'up date' blog kerana beberapa kekangan.

Mutakhir ini kecoh memperkatakan tentang ulama dan profesional. Saya terpanggil untuk masuk campur. Bukan mengajak pembaca bermain politik tetapi hakikatnya kehidupan ini adalah politik. Setuju?

Siapa yang lebih layak? Ulama atau profesional? Budak UM kot. Bagi saya, ulama dan profesional adalah sama. Tapi mungkin fokus kita adalah mengenai kepentingan ilmu agama dan dunia.

"Hanya sanya, mereka yang takut kepada Allah dari para hamba-Nya adalah orang-orang yang berilmu pengetahuan (ulama)"
(surah fatir:28)

Tok Guru MB Kelantan menyatakan dua golongan ini tidak dapat dipisahkan. Amat sukar bagi seorang pemimpin atau da'e melakukan tugas mereka jika tiada asas ilmu agama seperti usuludun dan syariah. Begitu juga dengan keilmuan dunia, amat penting bagi mendepani arus globalisasi dan modenisasi.

Ini telah terbukti keberkesanannya. Imbau kembali sejarah Sultan Muhammad al-Fateh yang hebat dalam bidang ketenteraan masih memerlukan Syeikh Baryam sebagai penasihat agama beliau.

Maka terbuktilah bahawa dua aliran ini mempunyai tautan kerjasama yang mantap. ketinggian Islam dan kejayaan dakwah akan terhasil dari simbiosis dua aliran ini.

Inilah yang kebanyakan orang kita tidak sedar dan mereka hanya asyik dengan 'tafakkuh fiddeen' dan mengambil mudah terhadap ilmu-ilmu semasa seperti matematik, perkomputeran, pertanian dan seumpamanya. Jika dilihat pada persekitaran kita, rasanya keilmuan semasa itu merupakan fardhu kifayah yang lebih utama.

Imam Ghazali pernah mengkritik sikap masyarakatnya yang kebanyakannya daripada mereka sibuk mempelajari ilmu fiqh yang merupakan fardhu kifayah, walhal hampir tidak ada seorang pun dari mereka yang mempelajari ilmu perubatan yang hukumnya juga fardhu kifayah. Sehingga dalam sebuah kampung boleh dijumpai lima puluh orang ahli fiqh namun tiada seorang pun yang menjadi doktor melainkan seorang sahaja dari kalangan ahli dhimmah (bukan Islam).

Justeru, peri pentingnya bagi seorang da'e memperkasakan diri dengan pelbagai disiplin ilmu. Jangan sia-siakan sahabat-sahabat kita pakar komputer, elektronik, sains dan seumpamanya.

2 comments:

  1. slm,
    Ana juga berpendapat bahawa ulama'dan profesional adalah sama.yang penting untuk maju umat Islam memerlukan dua bentuk ilmu iaitu ilmu wahyu(fardhu ain) dan ilmu akhliah(fardhu kifayah).kedua-dua ilmu ini amat penting untuk menjalankan peranan sebagai makhluk(manusia)di atas muka bumi ini yakni sebagai hamba Allah dan khalifah.Dengan adanya ilmu wahyu dalam diri,sifat kehambaan seperti taat,sabar,dan sebagainya akan terbentuk.melalui penghayatan ilmu ini,ia juga dapat mengelakkan kejahatan dari dalam diri manusia.disamping itu,ilmu akhliah amat penting untuk melahirkan sifat kekhalifahan dalam memimpin,mengurus dan mntadbir dunia dengan bijak.oleh itu,masyarakat akan menjadi lebih maju dan moden.kesimpulanya kedua-dua ilmu amat penting kerana orang yang cerdik tetapi tidak baik,akan menipu.manakala orang yang baik tetapi tidak cerdik akan ditipu.dengan kebaikan dan kecerdikan yang dibina oleh kedu-dua ilmu ini manusia akan menjadi hamba Alalh dan khalifah yang sempurna.I

    ReplyDelete
  2. salam..yer.kedua2nye agak sinonim..memerlukan antara satu sam lain..bg pemimpin juge..kedua2 nya amt penting..tanpa ilmu dunia..susahlah pentadbiran..tanpa ilmu akhirat..hancurlah pentadbiran..waAllahua'lam..

    ReplyDelete