Pages

Tuesday, October 6

Terkini dari Padang, SEBARKAN


Assalamualaikum.
Sedikit perkongsian. Tepat jam 12.08 tengah malam saya menerima satu pesanan ringkas melalui telefon bimbit. SMS tu lebih kurang macam ni:

"ikhwan dan akhwat, kejadian gempa di Padang jam 17:16 lihatlah
al-Quran surah ke 17 ayat ke 16, susulan di Padang jam 17:58 buka al-Quran surah ke 17 ayat ke 58. Terjadi pada tanggal/bulan 30:9 lihat al-Quran surah ke 30 ayat 9. Gempa di Jambi jam 8:52 lihat al-Quran surah ke 8 ayat 52. Renungkan dan sebarkan bila kita menyayangi diri sendiri. Semoga kita termasuk dari golongan yang mengambil hikmah dan pengajaran."


Saya agak tertarik dengan SMS tersebut terus menyemak al-Quran.

1) 17:16 (surah al-isra')

"dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (agar mentaati Allah), tetapi bila mereka melakukan kedurhakaan di dalam (negeri) itu, maka sepantasnya berlakulah terhadap perkataan (hukuman Kami), kemudian Kami binasakan sama sekali (negeri itu)."

2) 17: 58

"dan tidak ada satu negeri pun (yang derhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari Kiamat atau Kami seksa (penduduknya) dengan seksa yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam Kitab (luh mahfuz)"

3) 30:9 (surah ar-rum)

"dan tidakkah mereka berpergian di bumi lalu melihat bagaimana kesudahan orang-orang sebelum mereka (yang mendustakan Rasul)? Orang-orang yang lebih kuat dari mereka (sendiri) dan mereka telah mengolah bumi(tanah) dan memakmurkannya melebihi apa yang telah mereka makmurkan. Dan telah datang kepada mereka Rasul-rasul mereka dengan membawa bukti yang jelas. Maka Allah sama sekali tidak berlaku zalim kepada mereka, tetapi merekalah yang berlaku zalim kepada diri mereka sendiri."

4) 8:52 (suran al-anfal)

"(keadaan mereka) serupa dengan keadaan pengikut Fir'aun dan orang-orang yang sebelum mereka. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan dosa-dosanya. Sungguh, Allah Maha Kuat lagi sangat keras seksa-Nya."


Moga kita sama-sama mengambil 'ibrah dari petunjuk-Nya ini. Mungkin inilah hikmah yang ingin dimaksudkan dengan sedikit teguran daripada Allah tersebut.

Salam muhasabah.


*SMS berantai ini saya tidak tahu punca asalnya dari mana, apa pun syukur kepada Allah kerana mengilhamkan hikmah-Nya ini dan juga jutaan terima kasih kepada mereka yang menyebarkannya. Sebarkan.

1 comment:

  1. semoga apa yg berlaku itu menginsafkan kita yg masih lagi terleka

    ReplyDelete