Pages

Sunday, March 7

Untukmu Pemimpin Agama


Surat Umar kepada para komandan pasukan yang mewasiatkan supaya mereka melakukan kebaikan.

Umar bin Abdul Aziz menulis,

Daripada hamba Allah, Umar, Amirul Mukminin, kepada para komandan pasukan. Amma ba’du. Sesungguhnya, siapa diuji dengan kekuasaan, dia akan didatangi banyak kesusahan dan musibah yang besar. Jika kesusahan itu kamu tinggalkan, satu hari ia akan datang bebas pada hari yang lain. Sesungguhnya, seorang penguasa adalah orang yang paling sibuk dengan dirinya sendiri dan tersasar, kecuali orang yang ditolong dan dirahmati Allah SWT. Oleh itu, bertakwalah kepada Allah sebaik mungkin.


Ingatlah pada rumah kamu kelak, tempat di mana kamu berada dan tempat di mana kamu dikandung. Perangi hawa nafsu kamu sebagaimana kamu memerangi musuh kamu. Sabarkanlah jiwa kamu manakala kamu tidak suka mengharapkan pahala yang ada di sisi Allah, yang dijanjikan kepada orang yang bertakwa selepas kematiannya. Ingatlah, keselamatan di dunia dan di akhirat yang dijanjikan kepada kamu hanya dapat diraih dengan takwa dan kesabaran. Jika datang mengadu kapada kamu rakyat yang bodoh dan emosional yang telah ditentukan Allah untuk menyerahkan urusannya kepadamu dan kamu diuji dengannya, kamu lihat dia sukar diatur pada jalan kebenaran, tunjukkanlah jalan kebenaran semampu kamu, kasihi dia, dan beritahulah. Jika dia mendapat petunjuk, sedar dan mengerti, itu adalah kenikmatan dan anugerah daripada Allah. Jika tidak sedar dan mengerti, itu akan menjadi saksi atas perbuatannya kelak.

Jika kamu melihat rakyat kamu itu membawa dosa dan patut untuk dijatuhkan hukuman, janganlah kamu hokum dia dengan kemarahan kamu kepadanya, tetapi hukumlah kerana kamu menegakkan kebenaran yang setimpal dengan dosanya. Jika dosa itu hanya sesuai diberi satu sebatan, lakukanlah. Jika kamu melihat dosanya lebih daripada itu dan kamu lihat hukumannya adalah dibunuh atau sedikit dibawahnya, masukkanlah dia ke dalam penjara. Kamu jangan terlalu cepat menjatuhkan hukuman kerana desakan orang-orang di sekitar kamu. Sungguh, kadang-kadang seorang pemimpin menghukum kerana orang yang duduk di sampingnya, kerana ingin member pengajaran kepada rakyatnya, dan kerana rakyatnya bercengkerama dengannya. Pemimpin yang mempunyai teman, biasanya mendapat saranan daripada temannya. Sudah terbiasa, jika rakyat yang mendengar keputusan pemimpinnya, mereka pasti berselisih sesuai dengan hawa nafsu mereka, kecuali orang yang dirahmati Allah. Sesungguhnya, orang yang dirahmati Allah tidak akan berselisaih dalam suatu keputusan. Allah SWT berfirman :
ولا يزالون مختلفين. إلا من رحم ربك
Maksudnya : “…tetapi mereka sentiasa berselisih pendapat, kecuali orang-orang yang diberi rahmat oleh Tuhanmu…” (Hud : 118-110)

Jika kamu dianggap bodoh, tetap teguhlah. Jika orang di sekitar kamu melihatmu apa yang akan kamu lakukan kepada orang dungu daripada rakyat kamu, jika dia benar-benar dungu dan salah langkahnya, kembalikanlah hal itu kepada orang yang kamu lihat lebih bagus, bertakwa dan lebih baik daripada kamu kelak selepas mati. Pandangan dan kata-kata kebanyakan orang jangan membuatkan kamu bergembira kerana kejadian yang membuat diri mereka senang atau benci pasti mereka lenyapkan semua dengan mudah. Oleh itu, raihlah kemenangan setiap hari dalam bentuk Allah mengeluarkan kamu dalam keadaan selamat. Perbanyakkanlah berdoa kepada Allah supaya memberikan afiat kepada diri kamu dan rakyat kamu. Hal ini kerana kebaikan mereka ada pada kamu, tidak pada seseorang di antara mereka, dan keburukan seseorang di antara mereka dan yang lebih daripada itu akan menimpa kamu, tidak pada seseorang di antara mereka. Janganlah kamu harapkan balasan kebaikan kamu pada mereka, juga kebenaran yang kamu berikan kepada mereka. Janganlah pula kamu harapkanbalasan, pahala, pujian dan penghormatan atas segala amal baik yang kamu kerjakan di tengah-tengah mereka. Biarkanlah semua itu untuk orang yang tidak menanam kebaikan dan menghindarkan keburukan daripada mereka. Seterusnya, para penjaga pintu kamu, pengawal kamu, seluruh pegawai kamu dan utusan kamu ikatlah dengan janji bahawa mereka tidak mengerjakan segala sesuatu yang ada di bawah urusan kamu dengan kecurangan dan kezaliman. Sering-seringlah menanyakan kadaan mereka. Jika baik, itu bermanfaat bagi kamu; jika ada yang tidak baik, kamu boleh menggantikannya dengan yang lebih baik daripadanya.

Kita memohon kepada Tuhan kita- rahmat dan kekuasaannya menyelimuti makhluk-Nya – supaya mengampuni dosa kita, mempermudahkan urusan kita, dan membuka dada kita dengan kebaikan dan ketakwaan serta amal perbuatan yang dicintai dan diredhai-Nya dan supaya melindungi kita daripada segala keburukan, serta menjadikan kita termasuk orang yang tidak sombong dan membuat kerosakan di muka bumi, dan termasuk orang-orang yang bertakwa yang akhirnya menjadi pemenang sejati. Wassalamu’alaika wa rahmatullah.






p/s : saya kongsikan surat ini khusus buat adik-adik pimpinan Nilam Puri sesi 10/11, sahabat-sahabat MPMUM 10/11 dan untuk semua pimpinan di setiap lapisan masyarakat termasuklah individu-individu muslim yang di bahunya terpundak harapan agama.




rujukan : Umar Abdul Aziz : peribadi zuhud penegak keadilan (Abdullah b. Abdul Hakam)

No comments:

Post a Comment