Pages

Sunday, July 25

Melayu Mudah Lupa

Hampir dua purnama laman sesawang ini tidak diusik. Rasa bersalah sentiasa bersarang di hati bila teringatkan azam saya ingin jadikan blog ini laman dakwah. Kekangan masa sangat menghimpit.

Masa. Ya, semuanya gara-gara masa. masa yang menganiaya saya. Masa juga telah menganiaya kita semua. Selalu seksa kaki kita untuk sentiasa terkejar-kejar demi melaksanakan sesuatu tugas samada baik mahupun buruk. Saya selalu bergaduh dengan masa.

Orang kata, masa semua orang sama, 24 jam. Al-Banna cakap, "kewajipan lebih besar (banyak) dari masa yang kita ada." Tapi tak tahu sejauh mana kita beriman dengannya.

Kita tidak pernah lupa untuk menyeru membaca surah al-Asr di hujung majlis, kuliah mahupun mesyuarat. Tapi kita sentiasa lewat majlis tu. Kita yang paling akhir masuk kuliah tu. Kita yang tak tepati masa mesyuarat tu. Jam sentiasa menemani di tangan atau handset untuk ingatkan kita. Tapi kita degil, tak dengar nasihat jam. Kononnya dia dicipta manusia. Memang kita mudah lupa.

Dr M cakap "Melayu mudah lupa." Bagi saya, MAHASISWA MUDAH LUPA!!

No comments:

Post a Comment