Pages

Wednesday, October 27

ETP : Ibarat melacur anak sendiri!

Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dilancarkan kerajaan merupakan satu inisiatif untuk mengekang masalah ekonomi negara yang kian meruncing. Namun ianya dilihat seperti langkah terdesak kerana ETP ini akan dipacu oleh sektor pelancongan dan hiburan. Projek hab hiburan ini akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan “mempakejkan” semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP. Berdasarkan perancangan ETP yang dikeluarkan dua hari lepas jelas tujuannya untuk memperkasa sektor pelancongan negara dengan menarik pelabur serta pelancong melalui hiburan.


EPP turut mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020. Pada 2014,dijangka akan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam di zon hiburan. Ini akan menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudknan 5,614 pekerjaan baru menjelang 2020. Tahniah!



Tidak dinafikan sektor pelancongan mampu menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara dan hub hiburan boleh menarik pelancong untuk berkunjung ke negara kita tapi agak kurang bijak ingin menjadikan hub hiburan sebagai langkah utama merawat ekonomi negara. Saya pelik dan tertanya-tanya, jahil sangatkah pimpinan negara kita sehinggakan sanggup menggadaikan masa depan rakyatnya. Jika dikaji akan impak kepada hub hiburan nyata ianya lebih membawa kesan buruk berbanding kebaikan. Sudah pasti gejala kurang sihat seperti hedonisme, keruntuhan akhlak, seks bebas, buang bayi, jenayah dan seumpamanya makin membarah dalam masyarakat terutamanya anak muda dan remaja. Analoginya seperti sang bapa melacur anak sendiri demi membayar hutang keliling pinggang.


Cukuplah konsert ikon gay dari Amerika Syarikat, Adam Lambert menjerut masa depan anak muda. Namun kerajaan bagai meraikan kejayaan konsert tersebut dengan gagasan hub hiburan. Selain itu ianya menyalahi norma budaya ketimuran dan adat budaya kita. Saya tidaklah terlalu konservatif untuk membenci hiburan tapi masa depan generasi muda bukan perkara yang boleh dikesamping semudahnya.


Teringat kenyataan YAB PM kita yang sedia menjadi "ustaz" kepada Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama. Rasanya PM perlu berguru dengan Datuk Bandar Castellammare di Stabia, Luigi Bobbio, Itali yang bercadang melarang pemakaian skirt pendek atau pakaian menjolok mata dalam usaha pentadbirannya menjaga akhlak penduduk setempat. Bahkan pesalah boleh dikenakan denda di antara RM97 dan RM2,000. 


 Selaku mahasiswa, saya lihat isu ini adalah isu bersama dan mahasiswa berhak menjadi hakim kepada kerajaan.

No comments:

Post a Comment