Pages

Tuesday, November 16

Eiduladha & Songsangnya Masyarakat Kita.

Esok hari raya kurban akan menjengah tiba. Antara hari terbesar di dalam Islam. Tetapi di Malaysia keizzahannya tersorok dan tidak semeriah Aidilfitri. Bahkan ada yang tidak perasan langsung dan hanya menyedarinya kerana cuti am.

Inilah negara Islam Malaysia. 53 tahun memberi dogma salah kepada rakyat hingga keizzahan sirah Nabi Ibrahim dan Ismail alaihima as-salam tidak diketahui secara holistik. Masyarakat jahil dan dungu akibat pendekatan memberi faham Islam yang salah oleh mereka yang bertanggungjawab.

Contoh nyata yang mudah kita lihat ialah takbir raya. Sungguh songsang cara kita melafazkan takbir jika ingin dibanding dengan tanah Arab. Kita bertakbir tanpa memahami apa yang dilafaz serta jahil sirah disebalik pensyariatan lafaz agung tersebut. Masyarakat Melayu menuturnya penuh syahdu bahkan sehingga menitiskan air mata, sangat songsang. Ini kerana lafaz tersebut dilaungkan setelah terbunuhnya Abu Jahal, meraikan kemenangan.

Di bawah ini saya sertakan contoh video di beberapa tempat yang berbeda untuk menjadi pembanding beda untuk kita. Akhirnya, SELAMAT HARI RAYA EIDULADHA. TAQABBALALLAHU MINNA WAMINKUM. ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR. wa liLlahilhamd.



DI MALAYSIA




DI MAKKAH




DI MADINAH

4 comments:

  1. Hari Raya Aidiladha & ibadah korban tidak dapat dipisahkan dengan peristiwa Nabi Ibrahim a.s. yang diperintahkan oleh Allah SWT supaya mengorbankan puteranya, Nabi Ismail a.s.Sayang, peristiwa agung ini hanya dilihat dari sudut sejarahnya semata2. sbb tu la, acap kali tibanya Aidiladha, segelintir masyarakat Islam di negara ini meletakkan perayaan ini setaraf dengan hari2 cuti biasa. Berbeza dgn sambutan Hari Raya Aidilfitri, yang disambut selama sebulan.Adakah ini menunjukkan penghayatan terhadap pengertian & pengajaran di sebalik Aidiladha itu sudah semakin terhakis dalam masyarakat kita? Jika ya, bagaimanakah seharusnya peristiwa tersohor ini dihayati pengajarannya sesuai dgn senario kehidupan sekarang.

    kalimah takbir yang dilaungkan itu bukan satu kalimah yang kosong, sebaliknya ia mampu menyuntik semangat juang dalam menghadapi pelbagai cabaran & ujian hidup yang sememangnya terpaksa kita hadapi sebelum diiktiraf tahap keimanan kita kepada Allah SWT.Ini bagi memupuk semangat sanggup berkorban apa sahaja untuk meninggikan agama serta menghilangkan rasa terlalu sayang pada harta kesenangan dunia.Tanpa didikan & asuhan agama dalam hal berkorban ini, maka agak sukar bagi kita untuk melakukan pengorbanan yang lebih besar terutamanya dalam meninggikan kalimah Allah di atas muka bumi ini.. wallahu'alam

    ReplyDelete
  2. setuju dengan alhamra'..pembawaan takbir raya di m'sia spt bersalahan dgn mkna..didoktrin pula dgn drama2 air mata smpena perayaan

    ReplyDelete
  3. stju..brbeza sguh smbutan hari rya aidiladha d malysia dgn d ngara arab yg lain.mrk smbut dgn pnuh meriah tp d maysia esok nk rya pn hari nie msih kerja lagi..

    ReplyDelete
  4. malaysia oh tanah air ku..kalau di mekah, keadaan hujjaj m'sia paling pelik, takbir mendayu2 n nagis2..haha

    ReplyDelete