Pages

Saturday, November 6

'Tumah / ttumah

Salam perjuangan.

Alhamdulillah, diberikan sedikit kerehatan dan ruang masa untuk berteleku lama di hadapan laptop. Minda dan ingatan masih sarat dengan sejarah-sejarah tokoh pejuang Islam. Sangat tertarik dengan kehebatan mereka. Antara kelebihan mereka ialah mencebur diri dalam bidang penulisan. Warisan dan khazanah ilmu mereka dikongsi bersama umat melalui tinta kerana umur dan pergerakan mereka sangat terhad. Teruja dengan risalah-risalah agung yang dinukil sang ulama' ketika mereka mendekam di dalam penjara. Tafsir Fi Zilal al-Quran, Rasa'il an-Nur, Tafsir Azhar dan banyak lagi kitab-kitab hasil terbitan "Pustaka Jeriji Besi".


Kita sangat ketinggalan dari sudut ini. Ramai yang petah berpidato mahupun sanggup menjadi front line di demonstrasi jalanan tapi tidak aktif dalam bidang penulisan. Cuba kira berapa aktivis mahasiswa yang mampu menerbitkan buku semasa usia mahasiswa mereka. Tidak dinafikan ada yang berbakat malah sangat hebat dalam bidang ini. Mungkin kesuntukan masa, atau ilmu masih gersang dan kontang? Subhanallah

Saat ini semangat saya berkobar-kobar ingin kembali menulis, berblog dan sewaktu dengannya. Orang kampung saya cakap 'tumah. Ya, saya berazam ingin ber'tumah dalam bidang ini. Cita saya ingin menerbitkan buku sebelum bergraduasi. Saya yakin mampu lakukan. Kerana di sisi saya teman-teman yang sedia menolong saya.

Teringat masa sekolah dulu, peperiksaan yang paling saya minat adalah matapelajaran Bahasa Malaysia Penulisan. Saya banyak idea semasa menjawab soalan. Paling syok,saya tak perlu study untuk persiapan exam. Tapi leceh, kena tulis panjang-panjang. Tulisan saya agak teruk. Comot. Guru saya cakap tulisan tak cantik sebab tak selalu menulis. Ya kot.

Apa pun, saya tetap ingin teruskan perjuangan saya dalam bidang ni. Bidang penulisan. Saya kagum dengan mantan Presiden GAMIS, Saudara Dzulkhairi (lebih biasa panggil abang/ustaz). Belaiu mampu menerbitkan buku semasa tempoh kepimpinan mahasiswanya. Nah, tiada alasan sibuk bagi saya. Saya janji akan betul-betul 'tumah dalam bidang ini. Jom Haulid dan Dr Asy. Projek kita dah lama terbengkalai. Jangan biarkan pembaca dibelenggu misteri Si Penggali Kubur, jangan sampai jadi Cinta Munafik. Teman-teman lain pun tak kurang hebatnya. ust. Farehah, ust. Faridah, ust Yanny dan lain-lain. Ust Fatimah pun sangat bagus dalam bidang ni.

Jom sama-sama kita ber'tumah.

4 comments:

  1. perkongsian yang mantap serta mencerna pmikiran pmbaca dan pndakwah....=) keep bl0ggIng 4 ISLAM ya akhi...=P

    ReplyDelete
  2. sedak sek kito..ttumah molek..jange ttumuh pulok..

    ReplyDelete
  3. salam ziarah..alhamdulilah da 'terhapus sawang2 ' kat blog nie =)...
    semoga cita - cita tercapai,,jangan hanya sekadar semangt yang berkobar2 tanpa sebarang gerak kerja untuk merealisasikan impian......

    ReplyDelete