Pages

Sunday, November 21

Tips Menghadapi Exam

Gambar hiasan.
Salam perjuangan. Musim peperiksaan mengunjungi kampus UM. Juga masih ada beberapa kampus yang akan dilanda 'demam exam'. Kali ini saya cuba untuk berkongsi dan menasihati diri sendiri dengan sedikit tips menghadapi peperiksaan. Mungkin agak kelewatan.


Bila sebut peperiksaan atau lebih familiar dengan exam, akan terbayanglah suasana pelajar ke hulu ke hilir bersama nota di tangan. Ni aplikasi program 3B (bawa buku baca) yang pernah dianjurkan di Nilam Puri tahun lalu. Wah, pembudayaan ilmu! Tapi itu biasa. Pelbagai pe'el akan kita jumpa sehingga membuat diri tersenyum sendiri. Ada yang menjerit melolong, minum kopi Radix bergelas-gelas, ada yang rendam kaki dalam ais, minum kopi masin dan banyak lagi karenah pelik. Gara-gara menahan kantuk. Bahana last minute.


Strees. Antara perkataan yang sinonim dengan musim exam. Sehingga membawa mahasiswa kepada sindrom 'penjual ikan'. Selfish! 
Bahkan bagi mereka yang tiada bekalan iman dihati dan nafsu merajai jiwa akan mengambil penyelesaian mudah. Berhibur, clubbing, minum alkohol. Tidak kurang juga ada yang membunuh diri. Masalah, tekanan dan yang sewaktu dengannya itu perlu dihadapi. Berdepan dan bukannya lari dari masalah. Benar lari dari  masalah bagi sesetengah individu dapat memberi ketenangan tapi sebentar cuma. Tidak lama dan berkekalan. Bunuh diri juga lari dari penyelesaian bahkan mengundang petaka besar dari Allah. Syaikh Abdurrahman Al Barrak di dalam fatwa beliau menjelaskan mengenai seorang yang mati bunuh diri, beliau berkata:


"Bahwa bunuh diri itu merupakan kejahatan besar. Orang yang bunuh diri untuk lari dari musibah, kesulitan, kemiskinan, atau karena gejolak perasaan dan rasa marah, dengan semua itu ia telah menyiapkan dirinya untuk menerima siksa Allah".


Allah berfirman:


“Dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu. Dan barangsiapa berbuat demikian dengan melanggar hak dan aniaya, maka Kami kelak akan memasukkannya ke dalam neraka. Yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.” (An-Nisa : 29-30)


Menghadapi Strees
Bila membincangkan masalah ini, penyelesaiannya tidak dapat lari dari dua perkatan keramat ini ; Kecerdasan Emosi, Kecerdasan Intelektual dan Kecerdasan Spiritual. (EQ, IQ & SQ)

Namun apa yang ingin saya fokuskan di sini adalah berkaitan kecerdasan spiritual (SQ). SQ adalah kecerdasan untuk menghadapi dan memecahkan masalah makna dan nilai menempatkan perilaku dan hidup manusia dalam konteks makna yang lebih luas dan kaya; menilai bahwa tindakan atau jalan hidup seseorang lebih bermakna dibandingkan dengan yang lain. “Kecerdasan Spiritual” disimbolkan sebagai Teratai Diri yang menggabungkan tiga kecerdasan dasar manusia (rasional, emosional, dan spiritual), tiga pemikiran (seri, asosiatif, dan penyatu), tiga jalan dasar pengetahuan (primer, sekunder, dan tersier) dan tiga tingkatan diri (pusattranspersonal, tengah-asosiatif & interpersonal, dan pinggiran-ego personal). Dengan demikian SQ berkaitan dengan unsur pusat dari bagian diri manusia yang paling dalam menjadi pemersatu seluruh bagian diri manusia. Arrgh, pening.

Mudahnya, solusi terbaik untuk menyelesaikan masalah adalah kembali kepada pencipta masalah. Allah Jalla wa 'Ala. Inilah terapi yang diajar oleh Rasulullah dan wahyu. Perkuatkan pergantungan pada Allah dengan sentiasa khauf dan raja' pada-Nya.

Pesanan Buat Syis

Saya akan menasihati Syis yang nakal dan malas mengingati Allah. Wahai Syis, jangan berangan nak berjaya kalau malas belajar. Belajarlah kerana Allah, bukan kerana exam mahupun biasiswa. Lagi keji jika kerana manusia dan perempuan. Buat-buat rajin. Tak salah mengejar pointer dan kecemerlangan, memang Islam menyeru umatnya untuk berjaya. Cukuplah kalimah agung di dalam azan sebagai bukti. Tapi songsangnya kamu ni kerana tidak meletak Allah sebagai ghayah utama gerak laku seharian. Ikhlas kian terhakis dan menghilang. Sebab tu kamu jadi 'gila' kalau strees.

Bagaimana ibadah kamu Syis? Tengok kamu makin malas beribadah. Tahajjud? Solat jemaah pun tak jaga. Huh. Patutlah Allah bagi kamu strees, Dia nak kamu ingat Dia balik. Ingat balik dosa-dosa kamu. Kamu tak jaga pandangan, suka mengumpat, mengutuk. Malas pulak tu. Hati kamu tu dah gelap, susah terima ilmu. Sebab tu susah faham. Ada hijab dengan Allah. Hati ni raja ubudiyyah tapi sekarang dah jadi istana syaitan. Banyaknya maksiat kamu buat, ingat balik semua dosa-dosa kamu tu. Kadang ada yang tak sengaja dan tak sedar.

Syis, sedarlah. Masih ada peluang untuk kamu bertaubat. 

 “ Dan berlumba lumbalah kamu kepada keampunan dari Tuhanmu dan syurga yang lebarnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang berbakti” ( Al-imran : 133)

Ingatlah, orang beriman akan gementar hatinya mengenangkan dosa-dosanya yang lalu. Tapi kalau orang kufur, mereka anggap dosa tu seperti lalat yang hinggap dihidung lembu. Mohonlah dengan Allah biar hati kamu gementar dengan dosa-dosa lalu. Bertahajjudlah, ada keberkatannya.

"(Engkaukah yang lebih baik) atau orang yang taat mengerjakan ibadat pada waktu malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya? "    (az-zumar : 9)

Biarlah Allah berkati dan redha perjuangan kita menuntut ilmu dan menghadapi exam ni. Carilah keberkatan mendahului kecemerlangan. Biarlah tampak gagal di mata manusia asalkan dinaungi payung keberkatan. Andai keberkatan dalam genggaman, sangat mudah kejayaan menyusul. Tingkatkanlah ibadah dalam mencari keberkatan dan maghfirah Allah. Kan belajar dalam usrah, ciri 'ibadur-rahman tu suka beribadah.

"Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri,"   (alfurqan : 64)

Berdoalah. Berusahalah.

"Ya Allah Ya Tuhan ku, andai kejayaan ku dalam peperiksaan ini baik bagi ku dan agama-Mu,kurniakanlah kejayaan itu pada ku, tetapi andai sebaliknya, Kau turunkan keberkatan di atas setiap kurniaan-Mu, Mudah-mudahan ianya mendidik hati ku untuk terus yakin dengan ketentuan-Mu"

Tips Seterusnya ; 


  • jaga kesihatan
  • peka dengan jadual/butiran exam/tempat
  • jangan lupa pengenalan ; slip exam/kad matrik/ic
  • pakai kasut (sejuk) :) 

#STUDY SMART, PRAY HARD#
#DO THE BEST, LET ALLAH DO THE REST#

6 comments:

  1. yg atas tu cam gambar mirul je...

    ReplyDelete
  2. SYAK malas ke?
    mungkin bnyak wat kerja lain sampai x buke buku kot..kne balance la antara study n kerja2 luar..
    cbe wat yg terbaik utk exam supaya jd contoh untuk org lain kerana anda pemimpin pada masa akan datang..

    ReplyDelete
  3. anonymous> saya tak rasa syak malas..bg saya ni metod penulisan dia nak sampaikan nasihat kpd pembaca lain..baca dan selami dengan hati

    ReplyDelete
  4. haha..ni mesti kes study last minute ni..jgn tensen2..all the best

    ReplyDelete
  5. teman rapat syis> syak mang x malas,rajin sgt sebenarnya..faham sgt ape yg ditulis,cme nk g tau cket,kita kne ambk berat jgk pasal diri kita sendiri,kne ada masa tk diri sendiri,x salah nk wat keje2 luar yg terlalu banyak dan x kan habis..tp kne balance la sbb syak akan jd pemimpin yg tersohor suatu masa nanti..i'allah..jd kne jd contoh yg terbaik=)

    ReplyDelete
  6. ANONYMOUS NI NUJUM K? KEPENTINGAN UMAT LEBIH DIDAHULUKAN DARI KEPENTINGAN INDIVIDU

    ReplyDelete