Pages

Tuesday, December 14

Pejuang Islam Yang Miskin

Dewasa ini makin banyak perniagaan dan cara untuk mendapat wang atau pendapatan. Himpitan hidup yang makin mencengkam, kos sara hidup yang kian membukit serta persaingan mencapai kejayaan terus sengit. Dunia? Mungkin itu tanggapan sesetengah pihak lantas menyendiri dari menuju kekayaan. Fenomena yang melanda gerakan Islam juga lebih kurang sama. Tempias turut dirasa gerakan mahasiswa. Masalah kewangan dan ekonomi bukan menjadi fokus yang perlu diteliti. Yang penting kita ada idealisme dan bla bla bla.




Silap besar bila mengkesampingkan persoalan ekonomi dan kewangan. Menjadi rutin bila adanya program, pasti ada 'program kutip sumbangan' dan seumpamanya. Mungkin juga minda kita telah dipasak dengan fahaman cintakan kekayaan itu adalah mengejar dunia dan juga salah faham apa yang dimaksudkan dengan zuhud.

"Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kefakiran dan kekafiran" (HR Abu Dawud)


Rasulullah mengajar kita untuk berdoa berlindung dari kefakiran bahkan sekali dengan kekafiran. Jangan hanya terkumat-kamit membacanya pagi dan petang.

Telusuri sirah perjuangan Rasulullah. Pemerkasaan ekonomi menjadi agenda sebelum mempersiapkan jentera menuju Badar. Hebatnya Rasulullah mengajar para sahabatnya memperkasakan ekonomi sehingga mampu melingkupkan ekonomi Yahudi di Madinah. Tokoh-tokoh hartawan di Mekah seperti Shuhaib ar-Rumi, Abdul Rahman bin Auf dan lain-lain antara mereka yang berhijrah ke Madinah sehelai sepinggan meninggalkan segala harta kekayaan di Mekah. Tetapi sosok inilah yang menguasai pasar-pasar di Madinah dalam masa yang singkat.

INFO PENTING :

  • Tempoh Rasulullah menjadi usahawan lebih lama iaitu 28 tahun (12 tahun-40 tahun) berbanding kenabian Baginda iaitu 23 tahun sahaja (40 tahun-63 tahun).(Bahkan ada riwayat yang menyatakan Rasulullah masih berniaga selepas menerima wahyu)
  • Mas kahwin Rasulullah semasa berkahwin dengan Khadijah ialah 20 ekor unta.
  • Uthman bin Affan menginfaqkan dana sebanyak 300 ekor unta dan 1000 dinar semasa Perang Tabuk.
  • Ketika meninggal dunia Uthman bin Affan mewariskan harta sebanyak 150 000 dinar, 1 juta dirham, tanah di Wadil Qura, Hunain dan tempat-tempat lain mencecah harga  100 000 dinar serta beratus-ratus kuda dan unta.
  • Aset Zubair bin Awwam semasa meninggal ialah 50 000 dinar, 1000 ekor kuda dan 1000 orang hamba sehaya wanita.
  • Hasil mahsul dari tanah Thalhah bin Ubaidillah di Iraq mencapai 1000 dinar setiap hari. Manakala tanahnya di Sarah (nama tempat) melebihi dari itu.
  • Di kandang Abdul Rahman bin Auf terdapat 1000 ekor kuda, 1000 ekor unta dan 10 000 ekor kambing. Aset peninggalan beliau mencecah 336 000 dinar.
  • Zaid bin Thabit meninggalkan emas dan perak mencapai jumlah yang tidak mampu dihitung dan dipecahkan kecuali dengan kapak.
"Seandainya kefakiran itu seorang lelaki, nescaya akan ku bunuh!" -Saidina Ali bin Abi Talib.

No comments:

Post a Comment