Pages

Sunday, April 12

Cerita Tentang Masa Lalu

Alhamdulillah hari ini Allah telah jodohkan semula saya dengan seorang sahabat baik. Zul namanya. Kami tinggal sekampung dan memang baik sejak dari kecil lagi. Peluang yang Allah rezekikan itu kami gunakan untuk bertanya khabar, berkongsi cerita dan mengimbau kenangan zaman gila-gila remaja kami. Banyak yang kami bualkan.

Masih terngiang di cuping telinga ini kata-kata yang dilemparkannya tadi,

"best r duk sini, sejuk mata memandang, teringat zaman sekolah dulu, muslimat pakai tudung labuh, takde pergaulan bebas, rindunya kat suasana macam ni, sekarang tempat aku paling sopan pun pakai skirt je."

Saya hanya mampu tersenyum. Manis dan kelat. Manis kerana Allah masih menghidupkan hatinya untuk merindui suasana Islam. Alangkah gembiranya hati saya jika semua warga APIUM NP mempunyai perasaan seperti Zul. Mungkin dia tidak mengerti apa sebenarnya yang berlaku di sebalik keindahan suasana tersebut. Dia juga tidak tahu apa yang tersirat di dalam hati MAHASISWA ISLAM di sini. Dia juga tidak faham bahawa kami di sini sudah fade up dengan suasana yang 'jumud' ni. Ikhtilat la, bi'ah solehah la. Kami di sini dah nak muntah dengan keadaan macam ni. Tak advance, terkongkong, tak macam KL.

Mungkin Zul akan tercengang dan bengang. Nak rasa jomla tinggal kat sini sebulan. Rasanya 3 hari dah surrender. Saya cuba bagi gambaran kasar padanya,

"Bukan semua orang fikir sama macam kau, biasanya manusia ni tenggelam dalam keselasaan dan tak bersyukur dengan apa yang diorang ada, dah takde baru menyesal."

Mungkin Zul mengerti. Semut mati dalam balang gula, itik kehausan di kolam. Itulah hakikat. Kami mengimbau zaman gila-gila remaja kami. Tinggal dekat dengan pondok tetapi boleh bilang dengan jari berapa kali pergi dengar kuliah. Tak kira lagi solat berjemaah dekat masjid. Sungguh terpukul dengan diri sendiri. Tujuh tahun belajar nahu dan bahasa arab tapi bila datang sini merangkak-rangkak, i'rab bertukar, tasrif tak ingat. PADAN MUKA buat saya yang tidak menghargai nikmat yang pernah dikecapi suatu masa dulu.

Saya terfikir macam mana ye keadaan kita nanti di KL? Orang cakap Nilam Puri ni tempat untuk persiapkan diri untuk hadapi dunia gila di KL, tapi berapa kerat je yang betul-betul ambil peluang ni? Jangan jadi macam saya yang kerugian tentang nikmat masa lalu yang berada di depan mata. Saya masih ingat pesanan terakhir dari Zul tadi,

"menyesallah dengan nikmat masa lalu yang kita sia-siakan, manfaatkan nikmat yang ada sekarang demi kebahagiaan masa hadapan."

No comments:

Post a Comment