Pages

Tuesday, April 7

Ucapan Sulung YDP.



الحمد لله رب العلمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وصحبه اجمعين.

Alhamdulillah, kesyukuran yang tiada batas kita panjatkan kepada Allah s.w.t. kerana terus mengurniakan nikmat iman dan Islam yang membolehkan kita berkumpul dalam satu majlis yang berkat ini. Selawat serta salam yang berterusan buat idola kepimpinan agung Rasulullah s.a.w. yang membawa fenomena dakwah dan tarbiah menyuburkan bumi jahiliyyah. Seterusnya para sahabat, tabi’in serta seluruh pejuang Islam sepanjang zaman.

Jutaan terima kasih juga saya ucapkan buat pihak pentadbiran, pensyarah-pensyarah serta sahabat-sahabat mantan yang memberi kepercayaan kepada saya dan sahabat-sahabat untuk memegang tampuk pimpinan MPP JTK 09/10. Tahniah dan selamat berjuang buat sahabat-sahabat barisan pimpinan sekalian.

Pada malam ini saya mencipta sejarah peribadi kerana dapat berdiri di podium ini buat pertama kalinya. Bonda Rafeah Salem pernah berdiri di podium ini, ayahanda Azra’e juga pernah menggunakan pentas ini. Dari pentas ini jugalah lahirnya manusia-manusia pencinta agama dan kebenaran dan saya berjanji, makhluk yang berdiri di pentas ini sekarang akan terus mengorak langkah dan mencipta sejarahnya sendiri.

Sahabat-sahabat mahasiswa yang disegani,

Mahasiswa Islam laksana golongan ghuraba’, golongan yang aneh. Dalam kesibukan dunia golongan ini masih lagi mendalami ilmu-ilmu agama. Tika masyarakat leka tanpa panduan mereka tetap mendaulatkan al-Quran. Saat agama diperlekeh mereka yang bangun dan lantang mempertahankan sunnah Rasulullah. Mahasiswa Islam adalah satu nama yang gah dan hebat. Namun hakikatnya sekarang hanya gah pada namanya sahaja. Mahasiswa Islam kini semakin tumpul senjata keilmuannya dan semakin ketinggalan dalam mendepani massa. Hakikat mahasiswa Islam kini hanya pada ilmu yang ingin dijawabnya ketika peperiksaan sahaja. Bagaimana pula akhlak mereka? Penghayatan mereka terhadap Islam? Tepuk dada tanya iman.

Golongan ghuraba’ yang intelek,

Jika tahun 60-an, saudara Anwar Ibrahim menjadi ikon mahasiswa pada ketika itu, namun siapa pula ikon mahasiswa pada abad ini? Bangkitlah wahai mahasiswa Islam mendada globalisasi dan membimbing masyarakat dengan keilmuan dan akhlak islam.

Sidang muktamar yang budiman,

Saya mewakili barisan pimpinan sesi 09/10 berjanji akan meneruskan segala gerak kerja dengan baik serta akan melakukan reformasi dalam kepimpinan demi kebaikan bersama. Sedarlah sahabat-sahabat bahawa apa yang dipundakkan pada kita ini bukan kerja main-main dan semestinya memerlukan kepada komitmen yang mendalam dan berterusan. Mana mungkin pemimpin itu akan dihormati jika akhlak tidak terjaga. Kepimpinannya akan diperlekeh jika tahap keilmuan masih tipis. Pangkat yang diberi bukan untuk dibangga. Jawatan yang diamanahkan ini adalah untuk dilaksanakan demi agama. Namun warga mahasiswa sekalian,pada zaman ketiadaan nabi dan rasul ini, menjadi kewajipan bagi kita untuk menyambung risalah perjuangan baginda. amar ma’ruf nahi munkar itu bukan hanya terbeban dibahu pemimpin semata-mata. Kerja-kerja memakmurkan alam ini tidak sekadar tugas MPP JTK. Tetapi haruslah ada kesedaran dalam jiwa kita sekalian bahawa kita diciptakan bukan sekadar untuk berseronok. Kita dipertanggungjawabkan untuk mendaulatkan Islam dan menjulang al-Quran dan sunnah. Ingatlah bahawa kita semua akan dipersoalkan tentang amanah tersebut.

Saff pimpinan pencorak perubahan,

Ayuhlah kita sama-sama berganding bahu mengorak langkah mencorak masa depan APIUM NP yang lebih gemilang. Bersamalah kita membina solidariti pemikiran dan gerak kerja demi merealisasikan bumi tarbiah ini terus terpelihara. Janganlah kita menjadikan alasan masa yang terhad sebagai penghalang untuk menyempurnakan tanggungjawab ini. Ingatlah kembali bahawa Khalifah Umar Abdul Aziz r.a. hanya menerajui kepimpinan kerajaan Islam hanya dalam masa tiga puluh tahun. Namun dalam masa yang singkat itu beliau mampu melakukan reformasi dalam sistem pemerintahan Islam. Pensyarah-pensyarah dan sahabat sekalian, ingatkanlah kami jika kami terleka dan berilah tunjuk ajar dan kritikan kepada kami . khalifah Umar al-Khattab pernah berkata apabila dikritik oleh rakyatnya “tidak ada kebaikakan apabila kamu tidak mahu menegur dan tidak ada kebaikan jika para pemimpin tidak mahu mendengarnya.” Ya, pemimpin itu mampu memimpin dan sedia dipimpin.

Akhir kata saya menyeru seluruh warga APIUM NP untuk bangkit bersatu bersama saya demi kegemilangan Islam.



Yang Dipertua,

MPP APIUM NP 09/10

4 comments:

  1. salam
    Alhamdulillah,
    semogha janji yang ditabur bukan sekadar kata di atas angin,kotakan apa yang dikata,teruskan rantai-rantai perjuangan dan tarbiah di bumi barokah NP.
    semuanya di tangan anta..........
    jadilah pemimpin yang tulus dengan tuhan dan telus dengan insan.....

    ReplyDelete
  2. pengemis cinta ILAHIApril 16, 2009 at 6:06 PM

    salam perjuangan sahabat...

    cukup indah kata2 yang di lakarkan atas layar yang sy sendiri tidak tahu bagaimana untuk menamakannya.. tapi bukan itulah yang ingin di perkatakan, salam takziah untukmu.. yakinlah duhai sahabat, duhai jiwa yang sedang di tarbiyah, Allah tidak akan pernah memberi peluang untuk pejuang agama-Nya dari berehat untuk merasakan 'hadiah' ( ujian ) dariNya.. anggaplah ujian yang di tempuhi sekarang adalah sebagai kifarah untuk menggantikan hukuman di akhirat.. laksanakan apa yang telah di galaskan atas pundakmu dengan sebaiknya. jgn lupa. bila kau menjaga hak Allah, Allah juga tidak lupa dan tidak akan pernah lupa untuk menjaga hakmu...
    salam kemaafan dari hamba yang dho'ih ini...

    ReplyDelete
  3. slm,

    sedap ucapn demo...bleh kwe wat modal kalu kwe naek jd perdana menteri nnt!! hahaha...

    gapo2 pun..tahniah atas perlntikn ydp apium 09/10!!

    sirru 'ala barakatillah..

    ReplyDelete
  4. mujahidah sejatiMay 5, 2009 at 10:39 PM

    slm,
    buatlah yang terbaik..yakinlah pada diri sendiri.sama-samalah kita mengembalikan zaman kegemilangan NP.jalankanlah tanggungjawab sebaiknya dan ingatlah ALLAH sentiasa bersama-sama hamba-hambanya.Insyallah keletihanmu ada nilaian di sisi Allah.teruskan perjuanganmu!!

    ReplyDelete