Pages

Sunday, May 17

untukmu pemimpin Islam

Beberapa hari lepas saya telah mendengar sedikit perkongsian yang sangat berguna dan menyedarkan dari seseorang yang boleh saya anggap sebagai murabbi. Beliau menjelaskan enam kriteria tentang pemimpin Islam :-


1. Beriman dan bertaqwa

Seperti yang kita sedia maklum, secara mudah dan merujuk hadith yang shahih beriman ialah "beriman kepada Allah, para malaikat, rasul-rasul, kitab, hari akhirat serta kadar baik dan buruk".
Taqwa pula berhati-hati dalam menjalankan amar maaruf nahi mungkar. Teliti dalam gerak kerja dakwah agar tidak terkeluar dari landasan aqidah dan dalam masa yang sama tidak memberi impak yang buruk terhadap mad'u dan masyarakat.

2. Sistem menuntut ilmu seumur hidup

ulama' pernah menyebut:
تفقهوا قبل تسودوا

Ya, memahami lagi mendalami ilmu sebelum memimpin. Secara keseluruhannya ilmu itu terbahagi kepada dua ; pertama ilmu tentang Allah dan dan kedua ilmu tentang makhluk Allah. Ilmu tentang makhluk Allah mencakupi ilmu-ilmu keduniaan seperti hisab, geografi, kimia, perubatan dan seumpamanya. Dua disiplin ilmu ini mesti diseiringkan dan sentiasa berkaitan. Namun sekarang sarjana barat telah berjaya mengelirukan hakikat keilmuan yang nyata.

"berapa kali kamu sebut Allah semasa belajar sains, matematik?"

Persoalan yang menusuk kalbu. Inilah malapetaka besar bagi dunia hari ini. Pemimpin kita haruslah ulama yang profesional. Pesanan beliau lagi:

"belajar apa yang diajar dan apa yang kita perlu."

Ya, dalam bilik darjah dan kuliah kita diajar, tapi masih banyak ilmu-ilmu yang kita perlu. Menuntut ilmu bukan hanya dalam bilik kuliah dan di universiti tapi di mana-mana dan seumur hidup.

3. Sentiasa dan serba tahu serta memgikut peredaran zaman.

رحمة الله من عرف زمانه

Amat penting bagi seorang pimpinan itu mengikuti peredaran zaman dan memahami keadaan semasa. Ini bagi dia mengetahui awlawiyyyat tempat yang dipimpinnya supaya apa yang digagaskan adalah sesuatu yang bertepatan dan tidak di awangan. Misalnya perjuangan Imam asy-Syahid al-Banna mengutamakan pembetulan kefahaman terhadap Islam dalam diri muslim dan menekankan kesatuan ummah kerana pada ketika itu masyarakatnya tidak memahami Islam sebagai agama yang mudah dan senantiasa bersengketa dalam masalah khilafah dan furuiyah. Namun agenda Imam Muhammad Ibn Abdul Wahhab pula lebih menjurus kepada bidang aqidah dan keimanan. Semuanya bergantung pada keadaan semasa sesuatu tempat. Agak-agak apa yang patut menjadi agenda utama kita di Nilam Puri? Malaysia?

4. Cepat dapat maklumat serta bertindak

Itulah salah satu kelemahan besar orang Islam. Nak bertindak? Maklumat pun tak tahu apa-apa. Hampeh. Beliau menyingkap sejarah perang Israel-Mesir, ketika itu gempar di kem tentera Israel kerana rahsia ketenteraan mereka telah jatuh ke tangan tentera Mesir. Kira tak jaga sir la ni.

"Jangan bimbang, mereka ( orang arab = Islam) kalau ada maklumat pun takkan bertindak, kalau bertindak pun tak berjaya, kalau berjaya pun tak sempurna, kalau sempurna pun tak lama." Kata-kata ketua angkatan perang Israel.

Ya, itulah hakikat orang Islam.

"Dah berpuluh tahun kenal al-Quran, ada al-Quran pun tak baca, kalau baca pun tak faham, kalau faham pun tak amal, kalau beramal pun tak sempurna, kalau sempurna pun tak istiqamah."

Sungguh terpukul dengan pesanan beliau.

5. Kreatif dan inovatif

Beliau menegaskan 5 ciri pemimpin yang kreatif dan inovatif :-

  • Kekalkan kebaikan
  • kembangkan kebaikan
  • Hapuskan keburukan dan kelemahan
  • create sesuatu yang baru
  • kembangkan kebaikan yang baru

6. Berani buat perubahan


Ini berkaitan dengan kreatif dan inovatif. Bukan hanya lantang mencanang, tidak setakat cakap berdegar-degar tetapi mesti berani melaungkan agenda perubahan serta buktikan dengan gerak kerja. Yang paling penting gerak kerja. Kita sudah ramai pemimpin yang hanya pandai bercakap dan retorik adalah bukan ciri pemimpin Islam.

Semoga kita saling melengkapi dan sama-sama beroleh manfaat serta keberkatan.

No comments:

Post a Comment