Pages

Sunday, August 30

Semalam, hari ini dan Esok


SEMALAM

Alhamdulillah, semalam saya diberi nafas untuk terus mengimarahkan bumi. Semalam genaplah umurku 21 tahun.

Alhamdulillah.

Tiada ucapan hari lahir, tanpa hadiah, tak ada kek untukku. Dan sepanjang 21 tahun kehidupan ni, tidak pernah ulang tahun kelahiran saya disambut.

Tak kisah.

Alhamdulillah. Yang penting sambutan secara peribadi saya dengan Yang Maha Kuasa. Biarlah sujud syukur yang menjadi hadiah.

Makin berusia. Maknanya makin banyak dosa dan maksiat yang saya pikul. Makin senget bahu kiriku membebani dosa. 21 tahun di bumi Allah ni, jika dihitung tidak sampai sehari jasa saya pada Islam.

Astaghfirullah.

HARI INI

Hari ini, juga 24 jam. Terus berlalu. Terus dan terus. Saya yang suka berlengah terus menjadi mangsa tiap detik.

Padan muka. Nikmatnya jika waktu dapat diundur, untung andai masa boleh diputar. Akan saya isi masa tidur dengan qiamullail dan munajat. Waktu gurau senda akan diganti dengan zikir dan tadabbur al-Quran. Bagusnya kalau saat-saat yang ingin berlalu dapat saya tahan.

ESOK

31 ogos 2009. Malaysia menyambut hari kemerdekaan, kalau tak silap kali ke-52. Merdeka??
Apa tu?

Cadangan saya ditukar panggilan tu.

Ulangtahun penjajahan sebenar minda rakyat Islam di Malaysia ke-52.


No comments:

Post a Comment