Pages

Sunday, September 6

Deligasi APIUM ke Jeli. (siri 2)


JELI, 3 SEPT. 2009: Lima orang wakil dari pimpinan pelajar Apium Nilam Puri terdiri daripada saudara Syis, Edikoup, Rasyid, Zaki dan Zikri telah mengadakan lawatan ke Jeli atau lebih tepat lagi Kg. Kalai bagai penyelarasan program BAKSIS '09. Ini adalah kunjungan kali ke-3 ke Sek. Keb. Kg Kalai yang akan menjadi pusat bagi pr
ogram tersebut. Seperti kunjungan sebelum ini, agendanya adalah perjumpaan dan perbincangan dua hala bersama wakil dari masysrakat dan sekolah tersebut iaitu En. Wan atau mesranya Cikgu Wan. Beliau yang bertugas sebagai Penolong Kanan merangkap Timb. Pengarah 1 BAKSIS '09 menyatakan bahawa komitmen d
an sambutan dari penduduk amat memberangsangkan. Dalam pertemuan tersebut juga beliau memberi jaminan tentang kerjasama penduduk dan pihak Jabatan Pelaj
aran Negeri Kelantan (JPN) bagi melicinkan lagi gerak kerja.

Namun, pihak penganjur sehingga hari ini masih belum dapat menghubungi YB Parlimen Jeli, Dato' Mustapha Muhammad atau lebih dikenali dengan panggilan Dato' Pa. Menurut Pengarah Program Baksis '09, Saudara Edikoup pihaknya telah bersetuju memberi penghormatan kepada Dato' Pa dan melantik beliau sebagai pen
aung program namun sedikit kekecewaan kerana masih tidak dapat menghubungi beliau dan membincang tentang program dengan lanjutnya.


Deligasi Apium bergambar bersama cikgu Wan

Sehubungan dengan itu, satu lagi kunjungan akan diadakan ke sana pada 6 Sept. ini bagi mengadakan pertemuan secara langsung bersama Dato' pa yang difahamkan hanya berada di Jeli atau Kelantan 2 hingga 3 hari dalam semi
nggu.

Pada sebelah petangnya pula, kunjungan diteruskan ke Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) cawangan Jeli. Pertemuan yang melibatkan urusetia BAKSIS '09 dan pegawai JHEOA itu bertujuan menyelaraskan pengisian dan hal-hal berkaitan ketika slot Sehari Bersama Orang Asli. Slot tersebut akan diadakan pada hari ke-3 B
AKSIS '09 dalam menjayakan misi dakwah ke kawasan pedalaman. Tujuan lain slot berkenaan slot tersebut adalah memberi pendedahan kepada mahasiswa tentang kehidupan luar kampus atau realiti kehidupan yang bakal mereka hadapi setelah bergraduasi kelak.

Menurut pegawai JHEOA, En. Suhaimi menyatakan penduduk orang asli agak sukar didominan atau diajak untuk menyertai program bersama-sama. Beliau turut menceritakan pengalaman berkhidmat dengan OA (ringkasan orang asli) yang mana pernah JHEOA menganjurkan program jamuan namun kehadiran hanya mencecah 10 orang. Beliau yang banyak pengalaman bersama masyarakat OA turut manasihati agar banyak bersabar dan bersedia dengan karenah OA.
Bersama En. Suhaimi (dua dari kiri) dan Abe Noor (kanan sekali)

Seterusnya pengembaraan urusetia BAKSIS '09 diteruskan lagi dengan mengambil peluang untuk masuk ke kawasan penempatan OA yang dimaksudkan iaitu Kg. Sg. Rual dengan ditemani seorang kakitangan JHEOA iaitu En. Muhd Noor atau Abe Noor.

Menurut sumber, urusetia BAKSIS '09 akan berkunjung lagi ke sana untuk berjumpa dengan Dato' Pa dan beberapa agensi lain seperti TDM, PDRM dan lain-lain.

Untuk laporan deligapi APIUM ke Jeli (siri 1) dan gambaran lanjut mengenai OA Kg. Sg. Rual sila ke <link>

No comments:

Post a Comment