Pages

Thursday, September 17

2 Hari yang Berbeza

Sudah lama tidak menulis sesuatu. Masa sangat menghimpit. Agak dengki juga dengan sahabat-shabat yang sentiasa publish sesuatu yang baru pada blog masing-masing. Tahniah sahabatku. Teruskan perjangan.

Posting kali ini hanya perkongsian pengalaman saya dalam beberapa hari yang lepas. 22 Ramadhan bersamaan 12 Sept. saya telah menghadiri satu majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh Markaz Siswazah Kelantan (MSK). Dua hari berikutnya, iaitu Hari Isnin pula saya memenuhi undangan berbuka puasa yang dianjurkan oleh Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dengan kerjasama atau sponsored by YB Parlimen Jeli, Dato' Pa. Ada bebeapa perbezaan dan persamaan dalam dua majlis tersebut.


1. MAJLIS TADARUS DAN IFTAR BERSAMA MAHASISWA KELANTAN

Anjuran : MSK
Sasaran : Seluruh mahasiswa IPTA/S Negeri Kelantan.
Tempat : Balai Islam Lundang, Kota Bharu.
Tentatif :-

4.00 ptg : Ketibaan peserta
4.30 ptg : Solat Asar berjemaah
4.45 ptg : Bacaan Mathurat
5.00 ptg: Majlis Perasmian
-ucapan Presiden MSK
-ucapan YB Pasir Tumboh (mewakili Exco Belia)
5.45 ptg: Majlis Tadarus (Diketuai oleh Ustaz dari Maahad Tahfiz Sains Kok Lanas)
6.15 ptg: Ceranah / Huraian ayat tadarus ( ustaz Fadhli Syaari, Pensyarah KIAS)
7.00mlm : Bersiap untuk berbuka dan solat
7.20 mlm : Berbuka (kurma, kuih dan air)
7.30 mlm : Solat maghrib berjemaah
7.40 mlm : makan dan bersurai

*YB Exco Belia dan Sukan tidak dapat merasmikan kerana ada program bersama mahasiswa Kelantan yang berada di KL.
*Kehadiran tidak menggalakkan kerana banyak IPT tidak menghantar pelajar ke sana sedangkan surat jemputan telah dihantar kepada pentadbiran Uni. masing-masing.
*Ramai juga mahasiswa dari kampus-kampus yang tidak dihantar oleh pentadbiran hadir dengan usaha mereka sendiri.

2. MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA DATO' PA (tak tahu nama khusus program)

Anjuran : UMK + Dato' Pa
Sasaran : Pengarah IPT-IPT di Kelantan, pnsyarah dan pimpinan pelajar (MPP) setiap IPTA
Tempat : Sutera Inn, Kota Bharu.
Tentatif :-

5.00 ptg : Ketibaan tetamu
5.30 ptg : Ceramah oleh pensyarah UMK (isi masa sambil tunggu Dato' Pa)
6.00 ptg : Pngenalan UMK dan Negeri Kelantan oleh MC (isi masa sambil tunggu Dato' Pa)
6.20 ptg : Ketibaan Dato' Pa
6.25 ptg : Bacaan Doa (oleh pelajar UMK)
6.30 ptg : Ucapan Prasmian Dato' Pa
6.50 ptg : Tahlil (diktuai oleh saya stelah diminta secara mengejut untuk mengepalainya)
7.20 mlm : Berbuka
7.35 mlm : Solat Maghrib
7.45 mlm : tea break (ramah mesra Dato' Pa bersama Pengarah IPT dan pelajar
8.20 mlm : Solat Isya' dan Taraweh (saya diminta secara mengejut untuk mengimami teraweh)
9.20 mlm : Tea Break

*saya tidak tahu secara lanjut siapa penganjur kerana saya tanya pelajar UMK mereka juga tidak tahu.
*program ini mendapat liputan meluas media.
*Sidang media dan temubual Dato' Pa dibuat masa lepas makan/masa orang sibuk mencari surau untuk solat.



KALAU DIBERI PILIHAN, PROGRAM MANA YANG ANDA NAK IKUT??
KOMEN SIKIT..

No comments:

Post a Comment