Pages

Monday, October 26

Vise Versa





"dan orang-orang beriman lelaki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong sebahagian yang lain, mereka menyuruh (berbuat) kepada ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar, mendirikan solat, mengeluarkan zakat dan taat kepada Allah dan Rasul-Nya, mereka akan dirahmati Allah, sungguh Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana" (Taubah : 71)

Kaum Adam dan Hawwa' sering dimomokkan bahawa merekalah yang terbaik dan sering melulu menuding jari bahawa kaum yang tidak sebulu dengan mereka itu punca utama mereka jatuh dan rosak. Sang lelaki akan menuduh perempuan yang seksi dan menggoda sebagai punca lelaki kecundang dengan maksiat. Tak kurang juga suara-suara pembelaan wanita. "Lelaki sememangnya kejam, ambil kesempatan."

Dan seumpamanya. Hati saya tergelak kecil jika mendengar isu ini dihebahkan atau sengaja dibangkitkan dalam program-program yang kononnya cuba mencungkil bakat terpendam dan keberanian peserta berhujjah. Saya tak nafikan keberkesanannya. Tetapi ia boleh membawa satu prejudis dan perpecahan besar dalam kalangan umat mahupun pendokong kebenaran.



SIMBIOSIS MUTUALISME


Simbiosis merupakan satu pertalian erat anatara dua pihak atau dua makhluk hidup yang berbeza jenisnya. Simbiosis mutualisme adalah hubungan yang mana saling memerlukan dan menguntungkan kedua-dua pihak kerana di sana berlaku give and take. Mudahnya bagai aur dengan tebing. Umpama kumbang dan bunga. Dan konsep inilah perlu disemai dalam kehidupan muslim waima yang mengaku dirinya sebagai da'e.

Kita imbau kembali sejarah lampau dan sirah para nabi. Kita lihat dan perhati kisah perjuangan Nabi Isa a.s. yang hidupnya penuh mehnah dari kecil, sebenarnya perjuangan Baginda a.s. telah dirintis oleh ibunya, Maryam a.s.. Bagaimana hebatnya Maryam a.s. mampu mengharungi ujian-ujian sehingga belaiu terpaksa melahirkan puteranya seorang diri demi mengelak badai fitnah kaumnya. Sebelum diutus Isa a.s. menjadi rasul, telah diangkat darjat seorang wanita yang menjadi tonggak kebenaran yang dibawa oleh Nabi Isa a.s.. Lihat pula peranan dan pengorbanan wanita yang bernama Siti Hajar. Tugas seorang isteri dan ibu kepada utusan Allah menuntut keyakinan dan tawakkal yang tinggi pada Allah. Bayangkan bagaimana ditinggalkan di bumi tandus dan kontang demi arahan tuhannya. Imbau pula sirah Junjungan, Rasulullah s.a.w., beberapa watak heroin penting yang menjadi tulang belakang perjuangan Baginda menentang kebatilan. Dapat dijadikan panduan macamana jiwa seorang isteri yang menjadi motivator kepada suami tatkala Baginda ketakutan, ditohmah dan seumpamanya. Tak cukup dengan itu Siti Khadijah mewakafkan seluruh harta dan jiwanya hanya untuk mendokong Islam. Sehiggakan saat hampir meninggal beliau berpesan supaya mengambil tulang-tulangnya untuk dijadikan senjata di medan tempur. Nah, ajaibnya seorang wanita. Perlu dikaji juga kisah-kisah perjuangan dan pengorbanan anak-anak perempuan dan isteri-isteri Baginda yang lain. Di sana akan dapat membuka mata kita tentang kepentingan wanita dalam memartabat Islam. Benarlah telahan cendikiawan islam, "dari kehebatan seorang lelaki itu ada wanita di sebaliknya."


JUMUDNYA WANITA


Saya pernah terdengar orang mengatakan bahawa kaum wanita tidak perlu menonjol, memimpin dan seumpamanya, katanya zaman nabi tiada pemimpin dari golongan wanita, cukuplah lelaki, tak perlu bawa fitnah dan kerja wanita hanya di dapur. Saya hormat pandangan beliau kerana dia mempunyai hujjah. Tak mengapa. Apa komen anda?

Kalau ditadabbur kisah hijrah Rasulullah s.a.w. bersama Abu Bakar r.a., apakah kepentingan ditonjolkan watak puteri Abu Bakar, Asma' yang membawa bekalan makanan ke tempat persembunyian Baginda di Gua Thur? Dengan berjalan kaki di atas permukaan tanah yang berbatu ketika beliau sarat mengandung, bukankah seperti zalim bunyinya. Itulah kepentingan wanita dalam memastikan kelancaran gerak kerja dakwah. Intai pula keberanian Ummu Aiman r.anha. semasa Perang Uhud. "Pergilah menenun kain, berikan pedangmu kepadaku." Satu cabaran dan suntikan semangat buat tentera Islam yang mundur ketika itu. Kaji juga keberanian dan kelincahan Khawlah al-Azwar di medan tempur.

Cuba bayangkan tempat Dato' Sri Shahrizat Abdul Jalil diganti oleh Khairy Jamaludin atau Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Logik tak jika tempat Ketua Dewan Muslimat Pas, Ustazah Nuridah Mohd Salleh diganti dengan Azman Shapawi atau Ustaz Nasrudin Tantawi?

Gerakan feminimisme telah menular di dunia ini dan kita dapat lihat buktinya semakin banyak lahir NGO-NGO dan badan-badan bebas yang kononnya melaungkan slogan pembelaan terhadap wanita. Sisters In Islam (SIS) telah laju ke depan dalam isu-isu pembelaan wanita dengan tusukan jarum sekular. Tapi kita masih lagi berkelahi antara kita. Masih bercakaran antara lelaki dan perempuan.


SOLIDARITI



"orang-orang munafik lelaki dan perempuan adalah sama satu dengan lain, mereka menyuruh kepada kemungkaran dan mencegah yang ma'ruf dan mereka menggenggam tangannya (kedekut). Mereka telah melupakan Allah maka Allah melupakan mereka. Sesungguhnya orang-orang mnafik itu ialah orang fasik." (Taubah : 67)


Sedang orang-orang munafik itu bersatu antara lelaki dan perempuannya untuk memastikan Islam dimusuhi, mengapa kita mengambil mudah akan hal ini? Sangat bodoh jika masih ada lelaki mendabik dada, "akulah lebih hebat dari perempuan, aku pemimpin." dan agak janggal jika perempuan mengaku kehebatan itu semata-mata dari kaum wanita kerana wanita melahirkan lelaki.

11 comments:

  1. wah...update jgak blog ni..bgus2..tp mcm ada mksd tersirat je...

    cari calon zaujah k syeikh???

    ReplyDelete
  2. slm,
    syukran..
    tertarik dengan kata2 ini
    "jika engkau mendidik seorang lelaki maka engkau mendidik dia seorang sahaja,tetapi jika engkau mendidik seorang wanita,ramai mujahid dan mujahidah yang akan terdidik.
    Betapa besarnya peranan seorang wanita..kerana fitrahnya wanita seorang yang teliti dari perkara paling kecil sehinggalah besar,lembut dan penuh kasih sayang.jika adunannya diuli dengan btul dan acuannya yang tepat maka hasilnya pasti yang TERBAIK.

    "Wanita dimasyurkan kerana x ditonjolkan,ianya tersembunyi biarpunpun hadirnya menggegarkan"

    Lahirnya seorang wanita,seorang insan yang lemah x pernah teragak2 untuk bergandingan dengan rijal sebagai srikandi mekar dan terus mewangi di taman dakwah dan jihad...
    buktinya dalam sirah Rasulallah.

    walaupun zaman kini,wanita selalu diperlekehkan,dihina,dan sebagainya bahkan disebalik senyuman mereka ada rahsia yang tersingkap,tangisan mraka adalah rasa hati dan kemarahan mereka adalah pemberontakan kasih sayang tapi disebalik itu ada fitrah yang tersembuny .kalau bincang mengenai lalaki dan wanita,wanita sering dikata kuat merajuklah..menangislah dan itu inilah.kalau diikutkan x kurang jugak dengan lelaki kadang2 ada yang kuat merajuk dari wanita.sama2 llaki dan wanita adalah lemah.xyahlah gaduh itu dan ini.

    Kedatangan Islam meninggikan martabat wanita untuk bergerak seiring dengan kaum lelaki sebagai sayap kiri perjuangan.FirmanNya yang bermaksud :

    “Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh yang ma’ruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah dan Rasulnya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah, sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana ”.
    - At Taubah- 71

    Kelahiran Saidatina Khadijah, Aisyah, Fatimah, Asma’,Rabiah Al Adawiah dan serikandi-serikandi pejuang didikan madrasah Rasulullah menyerlahkan imej wanita sebagai ratu manusia dan ibu yang telah berjaya membentuk generasirabbani. Saidatina Khadijah adalah lambang keunggulan wanita muslimah. Sebaris nama itu sering menjadi sebutan dibibir Rasulullah biarpun pada hari-hari selepas kematiannya. Dia adalah wanita pertama yang menjadi penyeri dunia Rasulullah.Fatimah yang solehah punya peribadi anggun yang menjadi nadi kepada kelangsungan hayat Saidina Ali. Dia tidak suka melihat lelaki dan tidak suka pula dilihat oleh lelaki. Asma’ telah berjaya melahirkan Abdullah Az Zubir, panglima yang gagah berani melalui kemantapan tarbiyyahnya. Rabiah Al Adawiah merupakan sumber inspirasi cinta yang sentiasa merindui Tuhannya. Dia tenggelam di dalam keasyikan cinta Al Haq yang sering melafazkan alunan resah pada setiap penjuru dosa.

    "Dunia dalah perhiasan,sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah"-riwayat muslim

    ReplyDelete
  3. Lelaki dijadikan untuk wanita, & wanita dijadikan untuk lelaki. Masing - masing saling memerlukan & telah dijadikan berpasangan.

    Stuju dengan pandangan tentang wanita Jumud. Nak tambah sikit. Wanita hari ini sering dieksploitasi media. Kononnya wanita yang diidamkan ialah yg mmpunyai potongan bdn yg cun, rambut rebounding n cun, warna kulit sekian2.. dan sbgainya.

    Huh, padahal wanita telah dimanipulasi untuk menguntungkan ekonomi. Letak saja statement : WANITA GEMUK TIDAK CUN. Pasti smua berebut beli barangan produk itu ini. Syapa yg untung? Syapa yg rugi. Kalu produk gemuk nak untung pulak letak statement : WANITA KURUS X CUN.

    Hmm.. bagus beli buku. Kui kui kui.

    ReplyDelete
  4. wa,updte jga...ok bgus2,bleh gna hujah ni bg depa yang aunty jemaah,,ahakz

    ReplyDelete
  5. salam.very good posting.WANITA?PEMIMPIN?? bisany wnta blh sja tampil utk mmimpin(dlm stp hal) tp sdh pstiny d ats DSR yg BeNAR.mdhny kta kmbli pd SIRAH.andai buntu mmkirkn,kta susuri kmbli pjlln hdp RASULULLAH.sdh trg lgkn brsuluh hbtny syabab krna ada "insan" d sisi bgitu jua d sblikny.cumeny cuba olah & fkr sndiri,KOnSEP mana yg prlu dhadam dlm diri lg2 dlm jiwa stp PNDAIE?bla kdua2ny brda pd thp kpimpinn(dlm sgnp aspek),ingt jgn prbalahan trus2an dsukai KONONny fitrah ant wnta & lelaki.ksucian ISLAM bisa jatuh bla blaku hal sbgini.BE PROFESIONAL,hormati hak masing2 sbg insan yg benar2 slg mmbntu dlm krja dkwh suci ini.

    ReplyDelete
  6. Sedikit cetusan. saya dpat perhatikan sendiri dalam organisasi kita, ramai orang yang mengatakan,

    "alah mamat ni, rajin buat keje depan pompuan je. kalau liqo dengan muslimin selalu tak datang, tapi kalau dengan muslimat mcam2 idea yang die bagi. terlebih mencapah pulak, benci aku.."

    bg pendapat saya x perlu la nak benci2 ni. sudah mmg lumrah orang lelaki, bile ada kaum muslimat dalam sesuatu gerak kerja, mereka akan lebih bersemangat. masing-masing mahu menunjukkan kehebatan. sekurang-kurangnya gerak kerja berjalan, daripada yang asyik mengata kat orang, sampai bile2 pun x selesai masalah, gerak kerja pun terbengkalai, masalah makin bertambah plak..

    so buat muslimat, kalau kamu berjaya mencetuskan semangat dalam diri kaum muslimin, pahala atas segala kelancaran dan kejayaan gerak kerja itu akan kembali pada kalian juga..

    ReplyDelete
  7. buat admin, syabas atas artikel ni.. penghuraian yang sangat menarik..

    ReplyDelete
  8. bg saya, buat kerja atas dorongan muslimat akan merosakkan gerak kerja...hadith famous innamal a'malu binniat dah terang,nyata..kmu buat krana prempuan kmu dpt prempuan tu la..ini akan merosakkan hati dan mencipta hijab utk hidayah ALLAH, akhirnya ianya menjejaskan gerak kerja, mungkun bantut, xjalan langsung dan mungkin berjalan lancar tetapi tiada BAROKAH di sisi ALLAH.

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. salam.
    artikel yg mnarik sehingga mmpu menarik ramai readers tuk komen..tahniah(",)

    memang benar disebalik kejayaan seorang lelaki pasti berdiri di belakangnya seorang wanita,tngan yang disangka lembut mendodoikan anak mampu tuk menggoncangkan dunia,,,namun awas!jgn berbngga dengan kelebihan yang engkau miliki wahai srikandi ISLAM kerana dirimu jualah yang mampu MNGHANCURKAN HIDUP SEORANG LELAKI.

    "seorang ibu memerlukan masa 20 tahun untuk membentuk dan mendidik anak-anak,tetapi wanita yng jahat hanya memerlukan 20SAAT untuk menjatuhkan seseorang"

    oleh itu wanita-wanita solehah mestilah melalui proses-proses pentarbiahan dan menyedari peranan mereka yng sebenarnya kerana mereka akan memberi kesan yang mendalam terhadap diri orng lain terutamanya insan bernama LELAKI..



    buat pejuang-pejuang islam,jngan gah dengan kegagahan dirimu kerana siapalah dirimu andai tiada wanita dibelakangmu kerana sudah fitrahnya engkau memerlukn insan bernama wanita.

    AYUH SAHABAT KTA BRGANDING BAHU DALAM MEMBAWA SATU MATLAMAT YANG SAMA,KAUMMU DENGAN KELEBIHAN YANG ENGKAU MILIKI,KAUMKU DENGAN KELEBIHAN YANG KAMI MILIKI,JIKA DIGABUNGKAN AKAN MENGHASILKN STU KUASA YG LUARBIASA TUK MENGAPAI APE YG KITA IMPIKAN,DAULAH ISLAM PASTI AKAN TERTEGAK!!!!!usah kita menuding jari tapi gunalah jari tuk gerak kerja yag lebih baek.
    wallahua'lam

    ReplyDelete
  11. Sedikit tambahan menurut Syed Hassan Ali Nadawi di dalam tulisanya "wanita dan lelaki saling memerlukan" menyebut bahawa Allah telah menjelaskan bahawa lelaki dan wanita dijadikan dengan cara yng sama dan matlamat kewujudan mereka amat berkait rapat,seolah-olah mereka berasal dari tubuh yang satu. Ini telah di rakamkan di dalam surah An-Nissa' ayat 1 yang bermaksud:
    "wahai manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari seorang manusia(Nabi Adam) dan daripadanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang ramai.Bertaqwalah kepada Allah yang dengan mempergunakan namanya kamu saling meminta antara satu sama lain dan pelihralah hubungan silaturrahim.Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu"....

    Kedua-dua lelaki dan wanita dicipta dari 1jiwa dan jiwa itu dibahagikan kepada 2 bahagian,namun demikian tidak wujud percanggahan atau permusuhan sesama mereka.

    dalam melayari kehidupan ini lelaki dikurniakan pasangan sejenis dengan mereka yang mana wanita itu adalah sebahagian daripada tubunya sendiri...Sabda Rasulullh s.a.w yang bermaksud:"Kebhagian bagi anak adam ada 3 dan kesengsaraan bg anak adam ada 3.Maka diantara yng membahagiakan ialah isteri yg soleh,kenderaan yg baik serta rumah yg lapang.Dan kesengsaraan adalah isteri yng tidak baik,kenderaan yng tidak baik dan tempat yg tidak baik".
    berdasarkan hadith di atas jika dikaitakn dengn pergerakan islam ketiga-tiga asas di atas memainkam peranan yng amat penting.Jika isteri gagal berfungsi sebagai isteri solehah ianya akan memberi kesan negatif kpd suami yg terdiri daripd para daie.Begitu juga rumah atau kenderaan yg tidak baik pula blh mlmbtkn atau menghalang dari terlaksananya progrm-progrm Islam....

    kesimpulan lelaki dan wanita saling memerlukan antra satu sama lain(",)
    wallahua'lam...

    ReplyDelete