Pages

Wednesday, April 15

Terima Kasih Sahabat

Saya tak tahu macam mana nak mulakan tulisan ni. Entah yang mana saya perlu tuls dahulu. Apa yang penting di sini saya ingin ajukan jutaan penghargaan serta terima kasih. Hari ini genaplah umurku 20 tahun. Hah, 20? Dah masuk dimensi ‘puluh’ usiaku. Dah semakin nak mampus la ni, kira kubur tengah panggil dan malaikat maut tengah survey. Tahun ni saya dapat hadiah special terus dari Allah, kematian abang tercinta sehari sebelum my birthday. Jangan jelous ye.

Handphone saya dah nak pecah, bukan sebab terjatuh atau kena baling tapi sebab terlalu mampat dipenuhi sms dari sahabat-sahabat. Sms ucapan takziah bertalu-talu berebut nak memnuhi inboxku. “semoga tabah”, “mematangkan perjuangan”, “tarbiah dari Allah”. Ah, letih saya kalau nak taip semua. Hari ini sekali lagi handphone saya meraung-raung diserang histeria. “beep-beep”. Maaf sahabat sekalian kerana terpaksa delete sms yang antum/na hantar. Jangan risau, saya tetap semat di hati siapa yang ucap tu.

Mungkin tulisan ini membosankan, saya akui kerana saya sendiri buntu. Tak tahu macam mana nak mula dan susun. Tapi hati saya teringin sangat berkongsi dengan sahabat-sahabat untuk kita sama koreksi jiwa. Apa yang dapat saya simpulkan dari pengalaman baru saya ini dapat tulis secara ringkas (tentang sahabat saya) :-

1. Sanggup bersusah bila tengok sahabat dalam kesusahan.

2. Rela berkorban.

3. Rela hati beri bantuan (infak harta)

4. Tak mahu terima balasan @ bayaran

5. Ikhlas

6. Simpati

7. Jujur

8. Memahami

9. Sanggup tempuhi pelbagai dugaan bersama

10. Menjaga ukhwah

11. Dll..tak larat nak tulis,fikir sendiri la

Nanti kalau tak cukup tolong tambah ye. Antum/na memang baik la. Hanya Allah je mampu balas. Jazakallahu khairan jaza’. Alhamdulillah, harap saya tidak terbang di awangan seorang diri dan semua telahan di atas adalah betul.

Harapan saya, moga segala apa reaksi, tingkah laku dan dan apa yang saya sebut di atas tetap berkekalan untuk Islam. Ikhlas dan rela infak harta demi Islam, jaga dan dan rela bersusah untuk Islam, tidak tinggal sahabat, terus membahu dan papah sahabat yang dalam kesusahan, saling memberi dan menerima, thabat dan istiqomah bersama sahabat dalam perjuangan Islam dan ………..

Memang saya mengada-ngada,minta banyak-banyak, pinta yang bukan-bukan tapi ketahuilah bahawa diriku hanya hamba yang sangat lemah, perlukan pertolongan sahabat-sahabat demi perjuangan yang suci ni.

TERLAMPAU BANYAK HARAPANKU UNTUKMU SAHABAT

1 comment:

  1. salam...
    sahabat...
    1 name
    beribu maksud tersirat
    sukar diperolehi
    mudah tuk pergi
    andai keihlasn
    tak menjadi tunjang persahabatan........

    untungla law mempunyai sahabat2 yang disenaraikan seperti diatas...namun renung2kanlah kembali adakah kite juga bersifat sedemikian terhadap sahabat kite?.....andai ya Alhamdulillah,,,tp law tak lakukan transformasi tuk bergelar SAHABAT SEJATI......

    ReplyDelete