Pages

Thursday, June 18

“Dr. Fathi Yakan kembali bertemu Ilahi”


Dr. Fathi Yakan adalah seorang tokoh yang telah melestarikan dunia kebangkitan islam dengan menghasilkan puluhan buku dakwah yang telah mencerahkan langit kebangkitan Islam daripada salah faham terhadap agama. Beliau adalah rakan baik kepada gerakan Islam negara dan buku yang telah ditatap oleh jutaan pembaca di seluruh belahan dunia islam dan telah diterjeemahkan dalam pelbagai bahasa.

Beliau dilahirkan pada 9 februari 1933 di Tripoli Lubnan dan telah berkahwin dengan Puan Dr. Mona Haddad Yakandan telah dikurniakan dengan 5 cahaya mata terdiri daripada lelaki dan perempuan.

Beliau telah memperolehi PhD dalam bidang pengajian islam dan bahasa arab walaupun pada peringkat pada peringkat Sarjana dan Sarjana Muda beliau belajar dalam bidang kejuruteraan. Pergelutannya secara langsung dalam medan dakwah dan jamaah telah memberi cahaya akal yang bergemerlapan yang diluncurkan dalam tulisan-tulisan beliau. Beliau merupakan diantara tokoh-tokoh gerakan Islam di seluruh pelosok dunia islam malah merupakan pelopor yang mengasaskan gerakan Islam di Lubnan bersama-sama dengan lebih kurang 50 orang saudaranya.

Beliau telah menyumbangkan tenaga dalam mempelopori fikrah gerakan islam di dalam dunia dan beliau juga telah menyebarkan risalah-risalah yang berbentuk manhaj dakwah dan fikrah amal islami ke dunia arab dan islam sebagai panduan generasi kebangkitan islam dan kebanyakan daripada tulisannya telah diterjemahkan dalam banyak bahasa serta diterbitkan. Beliau juga disifatkan sebagai tenaga dakwah yang berjaya kerana pandangannya yang jelas terhadap manhaj, prinsip dan konsep pendekatan dakwah. Ini menyebabkan beliau menukar bidang di PhD dengan bidang dakwah menjadi tesis utama.

Beliau juga merupakan pemikir Islam yang sentiasa merangsang anak-anak muda untuk menjiwai peranan mereka untuk membahterai harakah islam dan penah merakamkan kata-kata dalam tulisanya:

“Islam, apabila ia menekankan supaya para pemuda melaksanakan matlamatnya yang menginginkan perubahan bererti bukanlah dierahkan tugas itu kepada mana-mana generasi sahaja yang tidak mempunyai cirri-ciri tertentu tetapi terlebih dahulu dimestikan atau dituntut supaya generasi itu mempunyai sifat-sifat islam dan berpegang teguh dengan prinsip-prinsip Islam iaitu berkehendakkan generasi islam yang tulen.”

“Perginya permata berharga”

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Di antara tanda-tanda hampir Kiamat ialah terhapusnya ilmu Islam, munculnya kejahilan, ramainya peminum arak dan perzinaan dilakukan secara terang-terangan. (HR. Bukhori dan Muslim).

Dari Abdullah bin Amr ra berkata bahwa Rasulullah saaw bersabda: Sesungguhnya Allah tidak akan melenyapkan ilmu pengetahuan secara sekaligus dicabut dari seluruh hamba-Nya. Tetapi diambil-Nya ilmu pengetahuan dengan mencabut nyawanya para alim ulama, sehingga jika tidak seorang ulamapun yang tertinggal, lalu orang-orang sama mengangkat pemimpin-pemimpin yang bodoh. Mereka ini jika ditanya, terus saja memberikan fatwa yang tidak berdasarkan ilmu pengetahuan yang benar. Jadi mereka itu tersesat dan pula menyesatkan. (HR Bukhori dan Muslim)

Kita sepatutnya sangat bersedih di atas pemergian seorang ulama yang banyak berjasa kepada dunia Islam. Saya yakin majoriti dari kita mengenali beliau melalui bukunya yang terkenal, “Apa Erti Saya Menganut Islam?”. Buku ini telahpun dijadikan silibus usrah di seluruh dunia, menerangkan dan memahamkan asas dan aspek2 penting seorang Muslim dalam diri kita.

Beliau pernah menolak amalan pilihanraya kerana berpendapat ianya merupakan perkara baru yang tidak di lakukan di zaman Nabi Muhammad saw, tetapi akhirnya beliau akur dan menyokong dengan hanya menyertai pilihanraya sahajalah negara Islam mampu ditegakkan.

Kini beliau sudah pergi meninggalkan kita. Permata dakwah ini sudah tiada. Moga-moga akan lahir lebih ramai tokoh dakwah sehebat Dr Fathi Yakan. Ulama agung yang mampu menjulang martabat Islam setinggi-tingginya.
Semoga peninggalan buku-bukunya serta semangatnya membenihkan dalam jiwa generasi umat Islam sekarang agar menyambung perjuangannya, menggantikannya sebagai ulama’ di masa akan datang. InshaAllah.

EXCO PENERANGAN DAN PERHUBUNGAN LUAR

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR

AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA NILAM PURI

PPL MPP 09/10

No comments:

Post a Comment