Pages

Thursday, July 16

Salam Kerinduan

Alhamdulillah..akhirnya direzekikan jua ruang utk kembali menjadi blogger setelah lama 'bercuti'. Hampir sebulan. Agak lama.

Pertamanya saya ingin memohon kemaafan kpd pembaca sekalian kerana sudah lama tak mengupdate blog ini. Terlalu banyak kekangan yg menghalang. Line internet terlalu slow. Mungkin juga kesilapan diri yg tidak cekap mengurus masa.

Apa pun, salam kerinduan.

Tahniah buat sahabat-sahabat sem1 kerana sudah mempunyai blog masing-masing. Wah, pencapaian yg menarik. Rata-rata maj sem1 mempunyai blog dan menjadikannya sebagai medium dakwah. (insya-Allah akan dilink ke blog ni) Kamu lebih terkehadapan dlm bidang ini. Syabas.

Kepada sahabat-sahabat sem1 yg melanjutkan pengajian ke Institut Pendidikan Guru (IPG) diucapkan selamat berjuang. Moga terus berada di landasan kebenaran dan sentiasa dirahmati Allah. Teruskan perjuangan.

Esok bermulanya cuti pertengahan sem dan pesanan saya biarlah cuti itu pada tarikh dan takwim. Cuti dan rehat orang mukmin di akhirat kelak. Teruskan bekerja dan berfikir utk Islam.
Jangan lupa bawa Islam dan iman tika pulang ke kampung. Mungkin di sini solat kita terjaga dari waktu dan jemaahnya tapi belum tentu lagi di kampung halaman. Di sini kita bertudung litup tapi dapatkah kita istiqomah dengan identiti ini bila diri sudah tak berada di APIUM. Ingat, tuhan kita tetap Allah yg sama, tak kira di mana berada. Jadilah hamba yg benar-benar faham dan amalkan apa itu IHSAN.


p/s: line wyreless slow sangat. ayahanda azra'e, tolong kami di sini..huhu

No comments:

Post a Comment