Pages

Sunday, July 19

Apa Hadiah Kita?





Alhamdulillah, hari ini saya mendapat pengalaman baru. Sungguh berharga lagi bermakna. Semakin mengerti hakikat seorang da'e. Memang saya agak keletihan tapi seperti tidak sabar utk berkongsi dgn pembaca sekalian. Sudah 3 hari saya dan beberapa orang sahabat berkampung di SMK Chiku 2 utk menjadi fasilitator Program Remaja Soleh (PReS '09). Program ini di bawah kendalian i-Mind Training Centre.

Semasa perjalanan pulang, perasaan saya bercampur namun apa yg ingin saya kongsi di sini ialah tentang peranan serta tanggungjawab kita. Ya, sebagai mahasiswa Islam. Apakah peranan yg telah kita mainkan dlm proses melahirkan generasi pelapis yg mengenali Allah dan Islam?

"kita sering membicarakan tentang gejala sosial dlm kalangan remaja tp apakah pranan yg telah kita lakukan bagi mengatasi masalah ni?" persoalan dari sang murabbi saya yg membuat saya termenung panjang.

"kita yg dah ditarbiah ni mesti bawa tarbiah tu ke mana saja kita berada, biar masyarakat dapat manfaat." sambung beliau lagi. Ya, sememangnya kita duta Islam walau ke ceruk mana sekalipun kita dicampak.

Kita sering terlepas pandang akan kepentingan golongan kanak-kanak dan remaja. Abbas as-Sisi mencanangkan dlm karangan beliau, Kiat-kiat Memikat Objek Dakwah tentang kepentingan golongan ini. Andai mampu ingin di ambil seluruh bayi yg baru lahir dan diajar tentang Allah dan ditiup roh Islam ke dlm jiwa mereka. Inilah golongan yg bakal meneruskan kesinambungan perjuangan Islam.

Setelah mendapat pengalaman semasa menjadi fasi kursus penghayatan solat dan PReS '09 jiwa saya memberontak menggagaskan sesuatu. Harap lajnah dakwah dan tarbiah bersedia dengan idea "mahasiswa utk masysrakat" ini.

Alangkah ruginya berada 2 tahun di Nilam Puri tapi kita tdk pernah mengiklankan pada masyarakatnya. 2 tahun di Nilam Puri hanya tuan kedai mkan dan kedai fotostat yg kita kenal dan sebaliknya. Habis tu apa guna pelajar Apium ni? Nah, segalanya telah tersedia.

Begitu juga dengan adik-adik baru saya di SMKC2. Ayuh sama-sama kita brainstorming bagaimana caranya utk memastikan tarbiah kpd mereka berterusan. Oh, sayang sekali l.dakwah tarbiah tak dapat ikut serta kami ke SMKC2. Saya faham, mereka sibuk bah.

No comments:

Post a Comment