Pages

Monday, July 20

Mukjizat Isra' Mikraj

"Maha Suci Engkau yang telah memperjalankan hamba-Nya (muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam ke Masjid al-Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar kami perlihatkan kepadanya sebahagian tanda-tanda kekuasaan Kami. sesungguhnya Dia Maha Mendengar Maha Melihat"

Pertama saya ingin memohon maaf jika entri ini agak lewat. Isra' mikraj, agak berat tajuk tu dan rasanya tidak mampu utk mengupas dgn eloknya. Namun dgn secebis kekuatan dan setitik keilmuan yg ada saya akan cuba utk berkongsi mengenainya.

Tarikh & Masa

Untuk tarikh berlakunya peristiwa agung para ulama berselisih pandangan, antaranya yang mashur;
  1. al-Tabari berpendapat peristiwa tersebut berlaku pd tahun kerasulan, tahun Baginda Rasul dibangkitkan.
  2. al-Nawawi dan al-Qurtubi pula berpandangan ianya berlaku pada tahun ke-5 selepas nubuwwah.
  3. al-'Alamah al-Mansurfury menetapkan pada malam 27 rejab 10 tahun selepas Baginda dibangkitkan.
  4. Ibnu Sa'd meriwayatkan mukjizat ini berlaku 18 bulan sebelum hijrah Rasulullah ke Yathrib alias Madinah.
Rentetan Peristiwa

Menurut riwayat Syaikhan yakni Imam Bukhari dan Imam Muslim kenderaan Baginda pd malam itu ialah buraq, sejenis binatang besar sedikit dari keldai dan lebih kecil dari baghal. Usai solat 2 rakaat di Masjid al-Aqsa Jibril membawa 2 biji gelas kpd Baginda yang setiap satunya berisi arak dan susu. Baginda telah memilih gelas yg berisi susu lantas Jibril berkata "engkau telah memilih yg fitrah dan semulajadi." Kemudian Baginda bersama Jibril memulakan kelana menuju Rabbul Jalil di Sidratul Muntaha.

Antara yang telah diriwayatkan ibn al-Qayim ialah Rasulullah telah diisra'kan dari masjidilharam ke masjid al-Aqsa dengan menunggang buraq bertemankan Jibril AS. Setibanya di Baitulmaqdis Baginda mengimami solat bersama para anbiya' lampau.

Selepas itu Baginda dimikrajkan dari Baitulmaqdis menuju kepada Sang Pencipta melalui langit 7 petala. Jibril AS tetap menjadi peneman setia Baginda. Kronologi musafir Baginda pada malam itu dapat saya ringkaskan seperti berikut;

  1. Setelah sampai ke langit pertama Jibril AS meminta dibukakan pintu langit. Di sana Baginda berjumpa dgn bapa kita Nabi Adam AS. Nabi Adam memuliakan Baginda dgn memberi salam dan memperakui kenabian Baginda. Di sana juga Allah memperlihatkan ruh-ruh para syuhada' di sebelah kanan dan kirinya mereka yg diseksa.
  2. Setelah sampai ke langit ke-2 Jibril meminta pintu langit dibukakan, selepas itu mereka memasukinya dan berjumpa dgn Nabi Yahya bin Zakaria dan Nabi Isa putera Maryam. Mereka juga menyambut Baginda dgn salam dan diperakui akan nubuwwah Baginda.
  3. Di langit ke-3 Baginda disambut dgn salam oleh Nabi Yusuf yg tampan. Serta mengakui kenabian Baginda.
  4. Seterusnya Nabi Idris yg menyambut Baginda di langit ke-4. Baginda diberi salam dan dialu-alukan kedatangan serta diperakui kenabiannya.
  5. Mikraj diteruskan lagi ke langit ke-5. Di sana yg menanti Baginda ialah Nabi Harun bin Imran. Mereka berbalas salam dan Rasulullah diraikan serta diakui kenabian.
  6. Di langit ke-6 Nabi Musa bin Imran sedia menanti dengan aluan dan salam.juga memperakui nubuwwah Baginda. Nabi Musa menangis apabila Rasulullah mula menyambung perjalanan. Setelah ditanya Rasulullah, Nabi Musa menjelaskan atas sebab apa tangisan beliau itu. "aku menangis kerana orang yang diutuskan selepasku umatnya lebih ramai masuk syurga dari umatku."
  7. Pada persinggahan terakhir (langit ke-7) Baginda disambut oleh Nabi Ibrahim. Setelah salam diberi dan dibalas, baginda diraikan dan disahkan kenabian oleh Nabi Ibrahim.
  8. Klimak mikraj Baginda apabila diangkat ke Sidratul Muntaha dan dibawa berjumpa dgn Allahu Jallajalaluhu secara langsung di Bait al-Makmur. Baginda dalam keadaan paling hampir dengan-Nya.
  9. Seraya Allah berfirman akan perintah solat 50 waktu sehari semalam buat hamba-Nya Muhammad serta seluruh umat Islam.
  10. Dalam perjalanan pulang Baginda ditanya oleh Nabi Musa tentang apa yg diperintahkan oleh Allah Taala. Setelah mengetahui perkhabaran sebenar Nabi Musa menyuruh Baginda meminta pengurangan daripada Allah. Jibril menyetujui cadangan Nabi Musa itu.
  11. Di atas nasihat tersebut Baginda berulang-alik untuk proses pengurangan. Pengurangan berlaku hinnga kepada solat difardhukan 10 kali sehari semalam. Namun Nabi Musa menasihati agar dikurangkan lagi. Nasihat itu untuk kepentingan umat Muhammad. Baginda sekali lagi ke Bait al-Makmur untuk proses tawar-menawar tersebut.
  12. Setelah mendapat pengurangan sehingga 5 waktu solat sehari semalam Baginda sudah tidak mahu bersua dengan Allah untuk memohon pengurangan walau didesak oleh Nabi Musa. "sesungguhnya daku terasa malu, malah setakat ini daku merelai dan menerima perintah itu."
  13. Allah berfirman tika Rasulullah bersendirian, "sesungguhnya Daku menguatkuasakan solat fardhu dan Ku ringankan ke atas hamba-hambaKu"
Yang Berkaitan
  1. Pelbagai kisah menarik untuk dijadikan pedoman umat Muhammad dlm masa satu malam Baginda di bawa berjumpa Allah Taala.
  2. Dada Baginda dibedah untuk disucikan hati. Ini adalah kali kedua dada Baginda dibedah setelah yg pertama ketika Baginda masih kanak-kanak.
  3. Baginda melihat 4 batang sungai di dalam syurga. 2 yang zahir dan 2 lagi tidak nampak pada mata kasar, batin. 2 yang zahir itu ialah sungai Nil dan Furat.
  4. Baginda turut direzekikan melihat syurga dan neraka. Malik penjaga neraka tidak pernah senyum malah kebengisan yang terpapar pada wajahnya.
  5. Baginda melihat penganiaya harta anak yatim, mulut-mulut mereka laksana mulut-mulut unta. Ketulan-ketulan api neraka dicampak ke mulut mereka dan keluar melalui dubur mereka.
  6. Baginda turut menyaksikan mereka yang berperut besar. Akibat terlalu besar mereka tidak mampu bergerak hingga keluarga Firaun lalu dihadapan mereka serta melanyak mereka dgn kaki. Inilah golongan pemakan riba.
  7. Penzina-penzina pula diletakkan dihadapan mereka daging-daging elok dan segar di samping daging busuk, namunmereka tetap memilih yang busuk lagi buruk itu.
  8. Baginda juga melihat sekumpulan wanita yang memasuki majlis lelaki bukan anak-anak mereka. Golongan ini digantung payudara mereka.
Sedikit perkongsian. Moga-moga kita sama-sama mendapat istifadhah darinya.

No comments:

Post a Comment