Pages

Thursday, July 30

Influenza A H1N1 : APIUM Nilam Puri Dikuarintin

Gempar! Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Nilam Puri dikuarantin selama seminggu bagi mengelak virus influenza A H1N1 merebak. Kenyataan ini diputuskan oleh Timbalan Pengarah, Prof. Madya Dr Mohd Muhiden b. Abd Rahman lewat 3.30 petang tadi (29 julai 09) ekoran seorang mahasiswa semester 3 yang didapati positif H1N1. Mahasiswa tersabut (Muhd Adam b. Abdullah) yang berasal dari Dungun, Terengganu dipercayai dijangkiti ketika pulang ke kampung semasa cuti pertengahan semester baru-baru ini. Berikut saya cuba memberi gambaran kronologi wabak ini tersabar;

17 Julai 2009 (jumaat)
Cuti pertengahan semester bermula. Para mahasiswa pulang ke kampung masing-masing termasuklah saudara Adam yang pulang ke kampung halamannya (Dungun).

24 Julai 2009 (jumaat)
Saudara Adam kembali ke Apium Nilam Puri. Mahasiswa lain juga turut mula kembali ke kampus.

26 Julai 2009 (ahad)
Beliau ke Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) untuk menjalani pemeriksaan kesihatan setelah mengadu demam. Beliau ditahan di wad untuk menjalani rawatan dan pemeriksaan susulan.

29 Julai 2009 (Rabu)
Sekitar jam 10.30-11.00 pagi.
Keputusan pemeriksaan kesihatan telah keluar dan beliau disahkan positif H1N1.

12.30 tengahari
Pihak kementerian kesihatan negeri tiba di Apium Nilam Puri bagi langkah pencegahan dan mengenalpasti mereka yang turut berpotensi untuk dijangkiti virus tersebut. Aktiviti pemeriksaan kesihatan kepada semua staf dan mahasiswa diadakan di Dewan Johor. Suasana 'bertopeng' bermula.

3.15 petang
Timbalan Pengarah Kementerian Kesihatan Negeri Kelantan yang turut berada di kampus Nilam Puri mengarahkan kampus ini dikuarantin selama seminggu. bermula 29 julai-4 ogos (Rabu-Selasa). Notis segera dikeluarkan. Segala kuliah, tutorial, mesyuarat dan program dibekukan. Semua mahasiswa dikehendaki melakukan pemeriksaan kesihatan dan tidak dibenarkan keluar dari kawasan kampus. Mereka juga dikehendaki sentiasa memakai mask dan dinasihati hanya berada di bilik masing-masing bagi tujuan pencegahan dan pengawasan.

6.00 petang
Taklimat ringkas dari Timb. Pengarah Kementerian Kesihatan Negeri dan pegawai kesihatan. Beliau menegaskan supaya mahasiswa yang dikuarantin tidak tertekan dan memberi kerjasama demi kebaikan bersama.
"Saya berharap saudara-saudari sekalian mematuhi garis panduan yang telah kami buat bagi mengelak wabak ini menular."
Beliau juga menegaskan tentang arahan memakai mask sepanjang masa termasuklah waktu tidur. Dalam masa yang sama beliau mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak pentadbiran UM Nilam Puri terutamanya kepada Prof. Madya Dr Mohd Muhiden diatas segala kerjasama yang diberikan. Dalam megulas hal ini Dr Mohd Muhiden yang juga Pengetua Kolej Kediaman mengatakan ini sebagai ujian dari Allah.
"Ini salah satu ujian dari Allah kepada kita, jadi saya harap kita semua dapat bersabar disamping mengambil langkah-langkah pencegahan serta berdoa kepada Allah."

Beliau yang turut bertopeng telah sama turun padang bagi memastikan 'anak-anaknya' dalam keadaan selamat dan stabil. Sementara itu, saudara Adam dilaporkan dalam keadaan stabil dan kini masih berada di wad untuk mendapat rawatan susulan.

H1N1 propaganda Zionis?

No comments:

Post a Comment